tagung Kd | sejenis gong. | Oleh yang demikian, gendang digunakan untuk mengiringi rentak gong, togunggu/ togunggak, tagung dan kulintangon. | Alat-alat Muzik Tradisional Sabah Warisan Budaya Kita Bersama | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
lengga Ir | sifat semula jadi seseorang, apabila mengerjakan sesuatu pekerjaan tidak dapat dilakukan dengan segera. Walaupun demikian tugas yang diberikan kepadanya dilakukan dengan sempurna. | (a) Oleh sebab ia lengga, guru tersebut memberi masa yang lebih untuk menyiapkan tugasan, berbanding dengan murid-murid yang lain. | Lengga | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
lambai Kd | nama lain bagi tarian Sumazau di Beluran. | Di Beluran Tarian Sumazau lebih dikenali sebagai tarian Lambai dan demikian juga di Ranau di mana lebih popular dengan panggilan tarian Mengigol, tapi Mengigol yang dimaksudkan bukanlah Tarian Mengigol yang diwarisi oleh suku kaum Rungus yang terdapat di Kudat. | Sumazau dikenali Tarian Paina di Membakut | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
abag Mr | cawat berwarna kesumba atau merah yang dipakai oleh penari lelaki sewaktu menarikan Tarian Mansayau. | Bagi penari lelaki pula akan memakai baju yang diperbuat daripada kulit kayu dan dipasangkan dengan sepasang abag atau cawat yang berwarna kesumba atau merah. Pada bahagian kepala perempuan akan dihiasi dengan sejenis bulu kapiak (burung merak dan demikian juga bagi penari lelaki). | Tarian Kepingan Besi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |