Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
masa (kata nama)
1. Bersinonim dengan waktu: ketika, detik, saat, jam, tenggak, sangkala, sekon,

2. Bersinonim dengan jangka waktu: jangka masa, tempoh, zaman, era,

Kata Terbitan : semasa,

Peribahasa

Kecil-kecil anak sudah besar menjadi onak.

Bermaksud :

Anak pada masa kecilnya menyukakan hati tetapi apabila sudah besar keraplah pula ia mendatangkan kesusahan kepada ibu bapanya. (Peribahasa lain yang sama makna: Kecil anak besar onak).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
muas, *muaih* Ib, Mlratapan semasa upacara kematian.Pada masa dahulu kebanyakan daripada orang Melanau memang selalu meratap dan merintih apabila mendapat kecelakaan terutama ketika orang mati. Bermacam-macam perkataanlah terkeluar dalam ratapan itu. Ratapan begini dinamakan 'muas'. Bahkan sekarang ini di setengah-setengah tempat masih ada orang Melanau yang 'muas' pada masa kena kematian dalam keluarga.Maharaja TugauGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
moginakan Kdjamuan besar (majlis kesyukuran).Pada masa lampau adat-istiadat untuk mengadakan jamuan besar yang dipanggil "Moginakan" diadakan setahun sekali. Dalam upacara ini, ia hanya dihadiri oleh kaum keluarga yang rapat dan yang mempunyai salasilah keturunan yang sama.Tatacara Adat Istiadat dan Kebudayaan KadazanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
balang begeman Ibkepala musuh (manusia) yang diperoleh semasa ngayau.Awak ini pada masa dahulu orang tua, mengatakan diri hendak pindah ke tempat ini, Di tengah-tengah ruang langit rata membawa kumpulan balang begeman.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
lelang Ibsesat.Bega yang dikatakan seorang ketua dulu yang telah mati lesi laya lela yang mempelopori kawasan Sungai Rapong yang sesat lelang. Sungai Rapong itu dikatakan 'sesat' pada masa dahulu kerana belum berkuala.JubangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
sompoton MSbsejenis alat muzik bagi suku kaum Kadazan dan Murut. Ia diperbuat daripada 8 batang pipa bambu dan sebiji labu kecil yang dikeringkan dan dipotong tepinya. Bahagian atas biji labu dikorek untuk meletakkan lapan batang bambu secara menegak yang seterusnya dilekatkan (bambu) dengan gam lebah. Manakala bahagian hujung lengkongan bambu itu ditebuk sebagai tempat meniup. Ia dimainkan dengan cara menutup hujung tiga pipa menggunakan tiga jari kanan dan tiga jari kiri. Seterusnya ia ditiup oleh seseorang untuk menghasilkan irama.Sompoton merupakan salah satu daripada alat-alat muzik tradisional yang paling digemari sejak dahulu lagi sehingga kini. Namun pada masa kini, pembuat-pembuat sompoton semakin hari semakin berkurangan.Alat-alat Muzik Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
pauh laba Ibsejenis pauh yang disebut dalam dongeng cerita Iban sahaja yang tumbuh di pusaran air.PADA suatu masa dahulu ada seorang lelaki bernama Jelenggai. Pada zaman itu orang yang memperolehi buah pauh laba menganggap dirinya amat bertuah. Pauh laba ini tumbuh di pusat air di lautan.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas