mambut, *pambus* Ib | perihal meninggalkan rumah panjang selama beberapa hari kerana ada petanda bahawa perkara yang kurang baik akan menimpa kalau mereka terus tinggal di situ. | Semasa orang sedang mambut itu sekumpulan budak-budak nakal bercadang hendak balik ke rumah panjang dan ingin melihat apa yang akan berlaku. Ini kerana apabila rumah panjang dikosongkan dipercayai hantu-hantu akan naik ke rumah. | Antologi Cerita Rakyat Iban | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kaval Rg | sejenis baju berlengan panjang tetapi bahagian lengan berkenaan tidak berjahit, dipakai oleh wanita. | Kaval - baju panjang tangan - tangannya dibelah tidak berjahit. Ia dipakai pada waktu hari-hari keramaian saja. Ianya berwarna-warni dan diperbuat daripada benang kapas. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tugoo, *tugu* Tb | sejenis alat menangkap udang berbentuk keruncut yg panjang. | Tumis menghela nafas panjang. Dia kesal kerana ketua kampung cepat terpedaya dan memaksa penduduk kampung menukar nelayan tugoo kepada nelayan pukat tunda. | Serpihan Musim | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
gorutus Kd Km | sejenis seluar panjang yang pada bahagian kakinya kecil. | Gorutus - seluar yang potongannya kecil di bahagian kaki - jenis seluar panjang. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
salingguru Bj, Sl | tali panjang pada lepa. | Untuk majlis perkahwinan pemasangan layar yang berfungsi sebagai perhiasan berbentuk segi tiga dipanggil ‘kipas-kipas’ dan bendera segi empat tepat dikenali sebagai ‘sambuhlayang’ dan ‘panji-panji’ digunakan untuk menghiasi lepa. Manakala tali panjang pada lepa itu dipanggil ‘salingguru’. | www.berita Harian. com.my | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
gawai antu Ib | upacara adat istiadat yang terakhir bagi menyempurnakan urusan kematian seseorang dalam masyarakat Iban. | Di sebelah hulu rumah mereka ada sebuah rumah panjang yang meraikan Gawai Antu. Irang dan isteri dan semua penghuni rumah panjang itu dijemput menghadiri upacara itu. Semua yang dijemput termasuk Irang berhajat hendak menghadiri upacara tersebut. | Gurang dengan Ansang Miang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
lanjar MSr | panjang. | Dengan langkah yang lanjar Pak Udak Hassan berlalu ke dapur. Sebentar kemudian, dia muncul semula sambil membawa setandan besar buah pisang yang sedang masak menguning. | Ketipung Bunga Jambu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tempuan Ib | bahagian rumah panjang di antara dinding bilik dan ruai yang digunakan sebagai laluan. | Mereka memberitahu Indai Abang bahawa mereka ingin menziarahi keluarga Keling. Kumang dan Lulong lantas keluar ke ruai lalu berjalan menerusi tempuan. Mereka terus masuk ke bilik keluarga Keling. | Novel Satangkai | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tanju Ib | pelantar rumah panjang biasanya digunakan untuk menjemur padi. | Tidurlah cucu, jawab Raja Langit. Apabila Raja Langit masuk ke bilik mereka berdua pun pergi ke tanju. Dari tanju itu mereka melihat tempat tidur cucu Raja Langit. | Gurang dengan Ansang Miang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
pelepet LB | Sejenis parang panjang yang digunakan semasa peperangan. Ia juga dijadikan barang hantaran perkahwinan. | Isteri saya sedang sakit nak bersalin, saya mahu memakai pelepet ini untuk memotong perut isteri saya itu,? jawab lelaki itu lagi. | Antologi Cerita Rakyat Suku Kaum Lun Bawang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |