sigar Kd Pn | tengkolok, destar, dibuat dari kain yang khas ditenun untuk itu. Salah satu pakaian kemuliaan, yang dipakai dalam istiadat orang Dusun, terutama dalam perkawinan dan upacara istiadat dan pemujaan yang besar. Ada kalanya disebut dalam mentera tonigar, minigar, monigar, panigar. | Mula-mula pawang-pawang yang terdiri dari kaum wanita duduk berbaris dalam rumah, membelakangi dinding beranda. Pawang-pawang wanita ini memakai tengkolok kepala, yang disebut sigar. | Dusun | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
manang Ib | pawang Iban. | Masa berhuma, mereka mendapat banyak padi. Mereka juga mengamalkan kerja berdukun, menggunakan perkhidmatan manang dan lemambang dalam upacara perubatan dan pemujaan. | Jubang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Daha Kd KB | sejenis roh baik. | Daha - Pelindung semangat dan roh orang, selalu menolong dukun dan pawang. | Sepintas Lalu Mengenai Adat Istiadat Dusun/ Kadazan Kota Belud | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
beserara Ib | suatu upacara memisahkan roh orang yang sudah mati dengan roh orang yang masih hidup yang dijalankan oleh pawang – serara’ bungai. | Yang awak punya, keluarkan juga! kata Keling kepada Tuam. Tuam pun mengeluarkan pua kumbunya yang digulung kecil, sebesar sumpitan. "Eh.... itu aku punya, jangan keluarkan itu. Itu adalah upah upacara beserara aku petang kelmarin. Itu bukan pua kumbu yang awak buat," kata Nek Manang. Apabila dihampar oleh Tuam, kelihatan pua kumbu seluas ruai. Apabila disambung pua kumbu itu tidak dapat bersambung. | Gurang dengan Ansang Miang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |