tegunggu Kd Pn, Mr | set gong bambu yang dipukul untuk mengeluarkan bunyi yang berlainan. Ia dimainkan untuk mengiringi tarian semazau. | Lupakan saja perkara yang dah terlanjur itu. Aku pun dah meletakkan jawatanku daripada menjadi ahli kumpulan tegunggu di kampung kita. Kalau dijemput pun, aku tak perlu ikut lagi. Tak dapat upah pun, tak mengapalah. Asal saja kita hidup bahagia semula. | Antologi Cerpen Dukanya Abadi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sigar Kd Pn | tengkolok, destar, dibuat dari kain yang khas ditenun untuk itu. Salah satu pakaian kemuliaan, yang dipakai dalam istiadat orang Dusun, terutama dalam perkawinan dan upacara istiadat dan pemujaan yang besar. Ada kalanya disebut dalam mentera tonigar, minigar, monigar, panigar. | Mula-mula pawang-pawang yang terdiri dari kaum wanita duduk berbaris dalam rumah, membelakangi dinding beranda. Pawang-pawang wanita ini memakai tengkolok kepala, yang disebut sigar. | Dusun | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
pagago Kd Pn | pegaga; Centella asiatica. | Pada suatu hari Buangkut menyuruh ibunya mengambil sejenis tumbuhan istimewa yang dipanggil Pagago. | Sabah Folk Tales 1-7 | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Bobohizan Kd Pn | pakar upacara keagamaan. | Orang kampung sudah pun mengikat babi jantan itu ke tempat menjampi. Bobohizan yang ditugaskan untuk memulakan upacara pemujaan itu sudah bersedia. | Nur Etika | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |