Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[rin.ti/] | رينتيق

Definisi : 1. titik-titik pd dasar yg lain warnanya, bintik, kurik: ~-~ putih pd kulit; anak singa mempunyai belang serta ~-~ yg samar; kuda ~ kuda yg bulunya ada rintik-rintik; 2. titik (percik air dll), titis: ~ embun; ~ hujan; hujan ~(-~) hujan renyai, gerimis; bapa borek anak ~ prb anak itu mengikuti kelakuan dll orang tuanya; berintik, berintik-rintik berbelang kecil-kecil, berbintik-bintik, kurik: kain tapak biru ~ hijau; merintik-rintik bertitik-titik, me­nitis: embun mulai ~; peluh ~ di keningnya; air hujan masih juga ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[rin.ti/] | رينتيق

Definisi : 1 titik-titik atau kurik pd dasar warna yg lain (spt pd bulu ayam, pd kulit); bintik. 2 percik air dll; titik (embun, hujan dll): ~ embun; ~ hujan. berintik, berintik-rintik terdapat rintik-rintik pdnya; berbintik-bintik. merintik menitik (bkn air embun dll); menitis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rintik (kata nama)
1. Bersinonim dengan bintik: kurik

2. Bersinonim dengan titis: titis, percikan, renjisan,

Kata Terbitan : berbintik-bintik, merintik-rintik,

Puisi
 

Turun hujan rintik-rintik,
     Tumbuh cendawan gelang kaki;
Kami sepantun telur itik,
     Kasih ayam baharu jadi.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Bagaimana rupa begitulah bayangnya.

Bermaksud :

Anak menurut baka bapanya; sesuatu itu menurut asalnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagaimana acuan begitulah kuihnya; bagaimana contoh begitulah gubahannya, b. Bapa burik anaknya tentu rintik).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
miodung dangol, *miudung dangol* KdPepatah – bapa borek anak rintik.Ayah tidak kisah jika saya hendak bermain alat tersebut. Pernah sekali saya terdengar emak berleter. Katanya, ayah dan saya miodung dangol, yang mempunyai maksud yang sama dengan kata pepatah Melayu Bapa Borek Anak Pun Rintik.Alat-alat Muzik Tradisional Sabah Warisan Budaya Kita BersamaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas