sabang Ib | pokok puding; Codiaeum variegatum. | Mereka pun mengambil daun sabang dan mengibas Simpai Emas dan dengan kuasa ajaib yang ada pada mereka Simpai Emas pun hidup semula. Mereka pun gembira melihat dia sudah hidup semula. | Gurang dengan Ansang Miang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kemelang sumpah Ib | sejenis tumbuhan yang hanya wujud dalam cerita dogeng rakyat Iban yang dipercayai dapat menunjukkan petanda tertentu. | Keling berjalan melalui kebun tumbuhan kemelang sumpah yang berwarna merah tua. Lepas itu dia menyoroti pokok-pokok jelunok kampong sabang dan pokok kampong sabang inak. | Jubang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
berayah Ib | suatu upacara keagamaan berupa gerak tarian sambil mengelilingi sesuatu seperti pokok yang dianggap sebagai suci dengan tujuan mengepalai dewa. | Jengkuan melihat bahawa kepala isterinya ditempatkan dalam nyiru dan diletakkan berdekatan dengan pokok istiadat pun sabang. Orang sedang memasang api untuk membakar bunga-bunga dan garam. Lepas itu mereka melakukan upacara berayah mengelilingi pokok tersebut. Semua yang hadir mesti mengambil bahagian melakukan upacara itu. | Jubang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |