[sa.ga] | ساݢ
Definisi : 1. sj tumbuhan (pokok dan bijinya merah bulat-bulat kecil), a) Adenanthera pavonina; b) Adenanthera bicolor; ~ gajah sj tumbuhan (pokok), jering tupai, Pithecellobium ellip-ticum; akar ~ sj tumbuhan (pokok me-manjat), Abrus precatorius; akar ~ molek sj tumbuhan (pokok memanjat), akar perah bentak, Lettsomia maingayi; 2. penolong timbangan (emas); spt ~ di atas talam prb kelakuan yg tidak tetap; yg merah ~ yg kurik kundi prb yg indah dan yg baik ialah bahasa dan budi, bukannya rupa; diuji timbang lebih se~ prb perbezaan yg amat kecil. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[sa.ga] | ساݢ
Definisi : cerita rakyat (berdasarkan peristiwa sejarah) yg diceritakan turun-temurun dan mengandungi fantasi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[sa.ga] | ساݢ
Definisi : nama sj pokok atau buahnya (biji buahnya kecil dan berwarna merah), Adenanthera spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
[sa.ga] | ساݢ
Definisi : satuan yg beratnya 1/12 mayam dan digunakan utk menyukat berat emas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)