simbong langkan Bj, Sl | sanggul siput yg terletak benar-benar di bahagian atas kepala. | Kuruna di kepalanya berkilauan disambar cahaya lampu. Simbong langkan menayangkan leher jinjangnya yang putih kuning. | Sejambak bunga emas | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kuruna Bj, Sl | mahkota yang dibuat daripada kain baldu hitam dan dihiasi labuci. | Saire mula mengayun-ayun tangannya. Melangkah ke pentas mendahulukan kaki kanannya. Kaki seluar kantiu yang dipakainya berwarna jingga, terlambai-lambai. Kuruna di kepalanya berkilauan disambar cahaya lampu. | Sejambak bunga emas | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
daling-daling Bj, Sl | sejenis tarian tradisi suku kaum Bajau dan Suluk. | Mata Omar terus melotot menatap bibir Saire yang lincah berhujah seperti mengucapkan bait-bait puisi. Tahi lalat di bibir bawahnya cukup membuktikan kefasihannya berbicara. Melihat gerakan tangannya seperti terbayangkan Saire menari daling-daling di hadapannya. | Sejambak Bunga Emas | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
almanis Bj, Sl | hiasan pada bahagian dada baju sigpit alal bimbang. Perhiasan ini seperti kerongsang dibuat daripada emas dan dijahit terus pada baju. Satu set al-manis terdiri daripada 15 keping, disusun tujuh sebelah dan satu bucu di bahagian bawah dada. | Baju sigpit alal bimbang sepadan dengan tubuhnya yang langsing. Mengikut bentuk badan dan berwarna ungu, dihiasi almanis di bahagian dadanya. Saire mengayun-ayun tangannya. | Sejambak Bunga Emas | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |