gendang balai MSb | beduk, tabuh. | Sesungguhnya, bukan Zul tidak sedar. Setiap kiraan nombor itu jelas terbayang di ruang matanya. Bunyi kiraan itu seperti rentak paluan gendang balai yang dibunyikan ketika jenazah dimandikan. | Singkowoton | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
nunuk ragang Kd | sejenis pokok kayu ara merah. | Sesungguhnya, keharmonian kehidupan orang-orang Dusun yang membina tujuh buah pondok yang berukuran dua puluh empat kaki persegi setiap satu di bawah pohon ara atau nunuk ragang itu, bagaikan wujud dalam impiannya. | Dari Dalam Cermin | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
amboyat, *ambuyat* Bs, Mr | sejenis makanan yang diperbuat daripada tepung sagu yang dimasak menggunakan air panas. | Sesungguhnya, memang Paring sedar. Dia masih sayangkan anak-anaknya. Malah semakin hari semakin kental. Sekental amboyat. Namun, anak-anaknya kini sudah dewasa. | Antologi Cerpen Dukanya Abadi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |