Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[syu.kur] | شکور

Definisi : 1. terima kasih: kalau abang dapat sembahyang sahaja, aku mengucapkan ~ kpd Tuhan; 2. sr untunglah, mujurlah; 3. beruntung, mujur, bertuah: saya berasa ~ dapat berjumpa dgn datuk; bersyukur berasa syukur, berterima kasih: sekarang telah nampak kejayaan, ~ aku kpd Tuhan; perempuan dan laki-laki tidak pernah berasa puas dgn apa yg ada, tidak pernah ~; mensyukuri mengucapkan syukur (terima kasih) kpd, melakukan sesuatu (berkenduri dll) sbg tanda bersyukur: orang sudah sibuk di rumah Engku Besar memasak-masak utk kenduri, kerana ~ pernikahannya; kesyukuran rasa syukur: tidak dapat digam­barkan lagi kesukaan dan ~ mereka pd ketika itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[syu.kur] | شکور

Definisi : 1 terima kasih (kpd Tuhan): Dia mengucapkan beribu-ribu ~ kpd Tuhan yg telah menyelamatkan keluarganya. 2 beruntung; bernasib baik; mujur: Saya berasa ~ dpt bertemu dgn datuk. bersyukur berasa syukur; berterima kasih: Aku ~ kpd Tuhan. mensyukuri mengucapkan syukur terhadap: ~ nikmat Allah. kesyukuran hal atau rasa syukur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata syukur

Puisi
 

Dua kali jagung berbuah,
     Melilit mari batang padi;
Tidak kutakut terkena marah,
     Syukur kudapat si jantung hati.


Lihat selanjutnya...(8)

Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
Bingku Mr Tlupacara pemujaan semangat padi, iaitu suatu upacara pernyataan syukur terhadap semangat yang mengawal padi kerana kemurahannya memberi hasil padi yang baik sepanjang musim itu.Upacara Bingku ialah upacara pemujaan semangat padi, iaitu suatu upacara pernyataan syukur terhadap semangat yang mengawal padi kerana kemurahannya memberi hasil padi yang baik sepanjang musim itu.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
maginakan Kd, Mrkenduri kesyukuran.Upacara maginakan ini diadakan adalah untuk menyatakan rasa syukur dan penghargaan terhadap rezeki yang telah diberikan oleh semangat penjaga keselamatan dan rezeki manusia bagi satu-satu keluarga yang mahu mengadakan upacara tersebut.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas