monolibabou Kd | upacara menilik tapak rumah. | Sebelum memacakkan tiang rumah, mereka juga terlebih dahulu mengadakan upacara "Monolibabou" iaitu satu upacara untuk menilik sama ada tapak kawasan di mana rumah itu akan dibina didiami oleh mahkluk halus yang dipanggil "Pembazabaza" atau tidak. | Tatacara Adat Istiadat dan Kebudayaan Kadazan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
pasuk Bj, Sl | paku kayu, pasak. | Biasanya kayu yang digunakan untuk membuat lepa diawetkan seperti diwapkan terlebih dulu bagi tujuan ketahanan. Selain itu, pasuk iaitu paku kayu digunakan bagi menyambungkan setiap bahagian lepa itu. | www.berita Harian. com.my | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
poju Kd Lt | upacara yang diadakan sebelum kerja-kerja mengambil kayu/perkakas membuat rumah dimulakan. | Sebelum alat-alat perkakas membuat rumah itu diambil dari hutan, terlebih dahulu mereka mengadakan upacara "Poju" supaya keselamatan rumah itu terjamin. | Tatacara Adat Istiadat dan Kebudayaan Kadazan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
ngesoh, *ngesuh* Ib | menghembuskan nafas. | Upacara perkahwinan pun terus dilangsungkan. Sesudah itu Gupi pun melahirkan seorang anak yang diberi nama Geraman. Anak itu dikenali juga sebagai Ensoh kerana apabila hendak bercakap dia mesti menghembuskan nafas atau ngesoh terlebih dahulu. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
nyengai hantu, *nyenggai antu* Ib | upacara adat bagi menguruskan jenazah seseorang serta bagi membolehkan sanak saudara dan sahabat handai memberikan pengjormatan yang terakhir sebelum jenazah itu diusung ke tanah perkuburan untuk disemadikan. | Malam itu dilangsungkan upacara yang dinamakan nyengai hantu. Upacara ini ialah sebagai penghormatan terakhir kepada si mati. Sebelum dibawa ke pendam (kawasan perkuburan) mayat itu hendaklah diberi makan terlebih dahulu. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |