terkanjat Kh, MSr | terperanjat, terkejut. | Jimbai yang turut terkanjat oleh perbuatan si Mayau menoleh lalu terserempak dengan gelagat Umbai yang terkulat-kulat membetulkan dirinya di muka pintu itu. | Buhul-Buhul Kasih Di Benang Basah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
aling LB | pengetam padi yang diperbuat daripada buluh kering. | Semasa di tengah-tengah bekerja, jika kami terserempak lebah atau penyengat kami terus berhenti. Apabila orang-orang tua kami mengikat aling di jerami, kami mesti dalam keadaan duduk. Selepas itu barulah kami mulai semula. | Antologi Cerita Rakyat Suku Kaum Lun Bawang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
gerunggang Ib | sejenis pokok yang batangnya boleh disirap atau dibelah untuk dijadikan atap. | Endu Bunga Eni dan Dara Bunga Satangkai meneruskan perjalanan mereka. Menjelang tengah hari, mereka terserempak dengan sepohon pokok gerunggang. | Novel Satangkai | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |