Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. tempat tinggal (yg didiami); 2. tempat letaknya: ~ Singapura di tengah-tengah jalan laut yg menghubungkan Timur dan Barat menyebabkannya menjadi pe­labuh­an yg begitu penting di Asia; 3. keadaan atau selok-belok (hal) sesuatu perkara (ter­utama pd masa tertentu), situasi: sudah berkali-kali ia menerangkan ~ yg sebenar­nya kpd penduduk-penduduk di situ; ~ politik (eko-nomi dsb); 4. tingkatan taraf (martabat, darjat, dsb): tiap-tiap orang ada harapan utk mendapat pangkat dan ~ yg tinggi dlm negaranya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 tempat tinggal; tempat yg didiami: ~ pengganas-pengganas itu masih belum diketahui lagi. 2 tempat letaknya: ~ negeri Sabah dan Sarawak ialah di bahagian utara Pulau Kalimantan. 3 keadaan atau selok-belok sesuatu perkara (hal): Bagaimana ~ masalah itu sekarang? 4 tingkatan taraf (darjah, martabat dll): ~ seseorang menteri dlm masyarakat adalah tinggi. 5 cara (keadaan) sesuatu benda dll diletakkan; cara (keadaan) seseorang duduk, berdiri dll: Bagaimana ~ mereka semasa kamu melawati rumah mereka? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kedudukan

Peribahasa

Bertanjak baru bertinjau.

Bermaksud :

Menurut derajat (darjat) dan kedudukan masing-masing; menurut aturan yang lazim. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Berjanjang naik, bertangga turun, b. Bertangga naik, berjanjang turun).

 

Lihat selanjutnya...(15)


Daftar Istilah Industri Perkhidmatan Kewangan

Istilah SumberIstilah SasarBidang
spread positionkedudukan spreadPLBR
special positionkedudukan istimewaNIAGA
short positionkedudukan singkatNIAGA, PLBR
overnight positionkedudukan semalamanPLBR
open positionkedudukan pembukaBANK
net positionkedudukan bersihNIAGA
naked positionkedudukan dedahPLBR
monopolistic positionkedudukan bermonopoliNIAGA
long positionkedudukan panjangNIAGA,PLBR
financial standingkedudukan kewanganAEKO, EKO
1234

Kembali ke atas