Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ting.ga.lan] | کتيڠݢلن

Definisi : 1. yg tinggal baki, kelebihan, sisa: belum dijelaskan semua hutangnya, masih ada ~; 2. tertinggal (dgn tidak sengaja), tidak dibawa dll (kerana terlupa, khilaf, dll), kelupaan: rokokku tidak ada dlm saku, ~ di kereta; 3. terbelakang (dlm pelajaran, kema­juan, dll), tercicir: apabila sudah khayal tentu­lah mereka akan ~ dlm pelajaran; 4. (telah) ditinggalkan oleh (bas, kereta api, dll): kami ~ bas dan sampai di sana lewat setengah jam; 5. = ~ zaman tidak seimbang (sesuai) dgn keadaan (kebiasaan dll) zaman: sikapnya tidak membenarkan anak perempuannya bersekolah agak ~ zaman; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tinggal (kata kerja)
1. Bersinonim dengan diam: duduk, bersemayam, bermastautin, menetap, menghuni, menginap, menumpang, bercokol, bersarang,

2. Bersinonim dengan berbaki: bersisa, berlebih, ada lagi, masih ada,

3. Bersinonim dengan tetap: kekal, sentiasa, selalu, masih,

Kata Terbitan : meninggal, meninggalkan , tertinggal, tinggalan, ketinggalan, peninggalan, sepeninggalan, sepeninggal,

Peribahasa

Yang dulu mendapat,
     yang kemudian ketinggalan.

Bermaksud :

Orang yang rajinlah yang selalu beruntung daripada orang yang malas.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Daftar Istilah Industri Perkhidmatan Kewangan

Istilah SumberIstilah SasarBidang
error of omissionralat ketinggalanNIAGA, PERD
error and omissionralat dan ketinggalanAEKO, EKO
error and omission exceptedralat dan ketinggalan terkecualiAKAUN, NIAGA, PERD
error and omission insuranceinsurans ralat dan ketinggalanINS

Kembali ke atas