Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ram.bang] | رامبڠ

Definisi : 1. tidak tetap (hati, tujuan, dll); ~ mata a) mata keranjang (suka bermain perem­puan, suka kahwin); b) tidak tahu yg mana satu yg hendak dipilih (kerana banyak pilihan); jala ~ jala yg lebar-lebar matanya; mulut ~ banyak cakap, cerewet; merawak ~ = rambang-rambang; 2. tidak atau tanpa di­tentu­kan (diatur, dirancang, dsb) terlebih dahulu, diambil (dipetik dsb) secara sem­barangan sahaja, rawak: sbg contoh peng­gunaan sebenar, saya petik sebuah ayat se­cara ~ drpd Kamus Dewan; rambang-rambang secara sembarangan sahaja, merambang: Karim menembak ke arah tempat bunyi tembakan itu ~; merambang berbuat sesuatu (berkata dll) dgn membabi buta sahaja (dgn mengagak-agak sahaja): tangannya dirambang bagai­kan mencari sesuatu dlm gelap; kerambangan keadaan rambang: membuat pertimbangan tentang sesuatu sampel semata-mata berasaskan kesamaan dan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ram.bang] | رامبڠ

Definisi : tidak tetap (hati dll). ~ mata a. mata keranjang. b. sukar utk membuat pilihan (semuanya berkenan). merambang berbuat atau berkata dgn mengagak-agak atau dgn melulu saja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rambang (adverba)
Bersinonim dengan rawak, sewenang-wenang, sesuka hati, sekehendak hati;,
Kata Terbitan : merambang,

Puisi
 

Hanyut-hanyut makan belunut,
     Hanyut sampai ke dalam bayan;
Duduk rambang makan tak pungut,
     Anak dara di Palimbayan.


Lihat selanjutnya...(2)

Daftar Istilah Industri Perkhidmatan Kewangan

Istilah SumberIstilah SasarBidang
random trackingpengesanan rambang/penjejakan rambangEKO
randomrambang/rawakAEKO, EKO
infinitely divisible random variablepemboleh ubah rambang boleh bahagi tak terhingga/ pemboleh ubah rambang boleh bahagi infinitEKO
random walkperjalanan rambangEKO, NIAGA
random timewaktu rambangNIAGA
random surveytinjauan rambangNIAGA
random shockkejutan rambangEKO
random servicelayanan rambangEKO, NIAGA
random selectionpemilihan rambangAKAUN, NIAGA
random scatterselerakan rambangEKO
1234567

Kembali ke atas