[ba.nya/] | باڽق
Definisi : 1 besar jumlahnya: Sekarang ini ~ orang perempuan yg menjadi anggota polis. 2 jumlahnya; bilangannya: Saya tidak tahu berapa ~ wang yg disimpannya di bank. berbanyak-banyak dgn bilangan yg banyak: Patik ~ menjunjung kasih kerana anugerah tuanku kpd patik. membanyakkan menjadikan banyak: Projek ‘Buku Hijau’ bertujuan ~ bahan makanan. memperbanyak menjadikan lebih banyak: Utk ~ susu dan dagingnya, lembu itu telah dikacukkan. kebanyakan 1 sebahagian yg banyak; jumlah yg terbesar: Kambing kampung ~nya dipelihara oleh orang Melayu dan orang India. 2 biasanya; umumnya: ~, asal belajar tentu pandai. 3 biasa: orang ~ orang biasa. pembanyakan perihal atau perbuatan membanyakkan. sebanyak sama banyak dgn: Wang saya tidak ~ itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)