[dia.lék] | دياليک
Definisi : (dialék) satu bentuk bahasa yg digunakan dlm sesuatu daerah atau oleh sesuatu kelas sosial berbeza drpd bahasa standard, loghat, pelat daerah (negeri dll): ~ Kelantan; ~ Kedah; ~ sosial (Lin) variasi bahasa yg dituturkan oleh sesuatu kumpulan sosial atau lapisan masyarakat bahasa, mis bahasa istana. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[dia.lék] | دياليک
Definisi : /dialék/ bahasa yg digunakan hanya di daerah-daerah tertentu saja; loghat: ~ Kelantan dan ~ Negeri Sembilan ialah dua ~ yg berlainan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)