Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.run] | قارون

Definisi : orang yg kaya raya pd zaman Nabi Musa dan kerana keangkuhannya, terbenam ke dlm tanah bersama harta bendanya; menjadi ~ menjadi kaya-raya; harta ~ a) harta yg ter­pendam (tidak diketahui tuannya); b) Mn harta yg diperoleh dgn jalan haram; dapat ~ timbul = dapat harta ~ prb mendapat ke­untungan besar dgn tidak bekerja susah-susah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.run] | قارون

Definisi : orang yg kaya pd zaman Nabi Musa dan kerana sifat angkuhnya, dia terbenam ke dlm tanah bersama-sama hartanya: harta ~ harta yg terpendam di dlm tanah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata karun

Peribahasa

Dapat tebu rebah.

Bermaksud :

Mendapat keuntungan dengan tidak bersusah-payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dapat durian runtuh, b. Dapat harta karun, c. Dapat harta timbul, d. Dapat kijang teruit).

 

Lihat selanjutnya...(7)


Kamus Parsi(Beta)

B.MelayuB.InggerisB.ParsiSebutan
harta karuntreasureگنجganj

Kembali ke atas