Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj katak, katak puru, kangkung, Bufo bufo; berenang ~ cara berenang; laksana ~ dapat bunga sekuntum prb tidak tahu menghargai (mempergunakan) barang yg baik; laksana ~ ditimpa kemarau prb sangat gelisah (berkeluh-kesah); spt ~ kena air tahi prb orang hina yg berlagak sombong; tertonggeng bagai ~ dlm lubang prb orang miskin yg mendapat kesusahan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kodok I

Puisi
 

Anak kodok tepi perigi,
     Buah rambai dalam baldi;
Biar buruk rupa diri,
     Asalkan pandai mengambil hati.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Kodok dapat bunga sekuntum.

Bermaksud :

Beroleh sesuatu yang sia-sia kerana tidak dapat mempergunakannya. (Bandingkan dengan: a. Bagai kera diberi kaca, b. Kera dapat bunga).

 

Lihat selanjutnya...(7)


Kamus Parsi(Beta)

B.MelayuB.InggerisB.ParsiSebutan
katak , kodokfrogقورباغهghūrbāghe

Kembali ke atas