Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[li.hat] | ليهت

Definisi : pandang, tengok; salah ~ salah (silap) pandang; berlihat-lihatan saling memandang, berpan­dang-pandangan; melihat 1. nampak apabila memandang, tidak buta, celik: ia tidak dapat ~ lagi kerana matanya sudah kabur; 2. memandang (menengok, menonton, dll) dgn mengguna­kan mata: mereka pergi ke tepi pantai ~ kapal yg terdampar itu; 3. menilik, meramal (nasib dll): ~ nasib; 4. membuat kesimpulan dgn menggunakan pancaindera, memaklumi (mengetahui dsb) dgn atau setelah melihat (mendengar dsb), meninjau: setelah ~ raja murka itu segalanya orang besar-besar semuanya takut gementar tulangnya; dlm hal ini kita cuba ~ beberapa sebab tersebut; dilihat dr sudut bahasa, beliau tidak menyambung pencapaian bahasa dlm cerpen-cerpen Keris Mas; 5. melawat (orang sakit dll), menziarahi: ~ orang sakit; ~ bulan datang haid; melihat-lihat melihat sesuatu secara santai, sambil lalu, bersenang-senang dsb: kemudian aku duduk sambil ~ apa yg terdapat di dlm bilik baginda itu; kami mengambil peluang utk ~ sekitar kawasan pondok yg menempatkan pelajar lelaki itu; melihati memerhati dgn teliti, memandang dgn sungguh-sungguh, mengamat-amati: panjat olehmu, lihati apa halnya mayang itu; melihatkan melihat akan, memandang kpd: ia berasa sedih ~ ibunya bekerja keras; memperlihatkan 1. menunjukkan supaya dilihat: Bonda Kandung mulai makan hati berulam jantung, makin tidak kuasa ~ muka kpd orang; 2. menampakkan, menunjukkan, mendedahkan kpd pandangan atau tanggapan orang: drpd raut mukanya, ternyata Tengku Aniah tidak ~ umurnya yg sebenar; dunia abad ke-20 ~ kemajuan ilmu yg sangat pesat; terlihat 1. = kelihatan boleh (dapat) dilihat, nampak: kesedihannya ~ nyata pd mukanya; semua perbezaan ini ~ melalui bahasa; 2. telah dilihat, diketahui: setelah ~ benda itu segera diambilnya; 3. terpandang dgn tidak sengaja, terpandang (bukan kerana niat utk memandang): ketika berpaling ~ padanya bagaimana orang yg duduk di sampingnya itu mengerling; lihatan apa yg dilihat: pengalaman yg di­tempuh dinyatakan melalui imej rasaan dan ~; ~nya dlm kegelapan itu berpusar dan terus berpusar; kelihatan 1. dapat dilihat, tampak: hari itu redup dan muram, matahari belum ~ sejak empat jam tadi; 2. = kelihatannya nampak­nya, pd lahirnya, rupanya: Datuk Empat Ujang ~ termenung; 3. diketahui, jelas, ternyata: ~ benar apa tujuannya; pelihatan, penglihatan 1. kuasa (panca­indera) utk melihat, kebolehan melihat: dia terpaksa berhenti drpd pekerjaannya atas nasihat doktor kerana ~ matanya rosak; 2. apa yg dipandang, pandangan: Hang Tuah ini pd ~ku bukan sebarang orang; 3. perihal melihat: tajamkanlah perasaan, ~ dan fikiran tatkala menghadapi musuh-musuh itu; pelihat orang yg pandai meramal atau menilik apa yg akan berlaku (terjadi dll); penglihat 1. = penglihatan kuasa (panca­indera) utk melihat; 2. orang yg pandai meramal (menilik dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[li.hat] | ليهت

Definisi : ; berlihat-lihatan saling memandang. melihat 1 nampak apabila memandang; tidak buta: Sejak kemalangan itu, dia tidak dpt ~ lagi. 2 menggunakan mata utk mengetahui (memandang, menengok): Mereka pergi ke Teluk Kemang utk ~ anak bulan. 3 menilik; meramalkan (nasib dll). 4 melawat orang sakit dll; menziarahi. melihatkan melihat akan; memandang kpd: Dia kasihan ~ anaknya yg sakit terlantar di hospital. memperlihatkan menunjukkan sesuatu supaya dpt dilihat; menayangkan wayang gambar dll: Murid-murid itu telah ~ tarian zapin kpd para pelancong. kelihatan 1 dpt dipandang atau dilihat: Anak bulan belum ~, jadi besok belum lagi kita berpuasa. 2 nampaknya; lahirnya; rupanya: Dia ~ takut dan cemas. 3 ternyata; diketahui; ketahuan: Sekarang sudah ~ siapa yg bersalah. penglihatan 1 kebolehan utk melihat: ~ yg tajam. 2 pancaindera utk melihat: ~nya sudah rosak. 3 apa-apa yg dilihat atau dipandang; pandangan: Pd ~ Abdullah, di situ ada orang menjual nasi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Bunga cina tanaman Cina,
     Mari bungkus di atas kertas;
Lihat saya bena tak bena,
     Tak usah harap katakan lepas.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Berkata siang melihat-lihat,
     berkata malam mendengar-dengar.

Bermaksud :

Jika hendak membicarakan sesuatu, harus berhati-hati jangan sampai menyinggung perasaan orang. (Bandingkan dengan: Bercakap memandang-mandang, silap lidah jiwa hilang).

 

Lihat selanjutnya...(10)


Kamus Parsi(Beta)

B.MelayuB.InggerisB.ParsiSebutan
lihatto seeديدنdīdan

Kembali ke atas