Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. cecair manis yg terdapat dlm sarang lebah dan bunga, manisan: ~ lebah; ~ bunga; gula dan ~ disangka manis, manis lagi se-nyummu tuan; 2. ki manis benar (senyuman dll); senyum ~ senyuman yg manis benar; ~ satu tong, jikalau rembes, rembesnya pun ~ juga prb jika baik asalnya, keturunannya pun baik juga; dlm ~ berisi hempedu prb jangan mudah percaya akan perkataan yg manis-manis kerana biasanya berisi tipu daya yg jahat; di luar bagai ~, di dlm bagai hem-pedu prb tipu muslihat biasanya dilakukan dgn perkataan yg lemak manis; laut ~ berpantaikan sakar prb perkataan manis yg keluar drpd mulut orang yg elok rupanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 = air ~ air manis yg terdapat dlm bunga atau dlm sarang lebah; manisan. 2 ki manis serta menarik sekali: senyum ~ senyum yg manis sekali. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
madu (kata nama)
Bersinonim dengan manisan lebah, manisan, nira, sari, nektar, misan.,

Puisi
 

Sayang ke laut memedil burung,
     Madu kelapa di dalam puan;
Tujuh laut sembilan gunung,
     Saya tak lupa denganmu tuan.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Laut madu berpantaikan sakar (= gula).

Bermaksud :

Perkataan yang manis yang keluar dari mulut orang yang baik rupa.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Kamus Parsi(Beta)

B.MelayuB.InggerisB.ParsiSebutan
madu , manisanhoneyشهد،عسلshahd , ‘asal

Kembali ke atas