[mem.bé.za.kan] | ممبيذاکن
Definisi : 1. menunjukkan atau menyatakan apa yg berbeza antara beberapa perkara: tahu ~ yg buruk drpd yg baik; 2. mengesan perbezaan yg terdapat antara dua atau beberapa perkara, mengenali: pd waktu malam, dia tidak dapat ~ warna hijau dgn warna biru; tidak dapat ~ yg mana karya asli dan yg mana karya tiruan; 3. = membeza-bezakan memberi layanan yg tidak sama antara satu sama yg lain: dia tidak pernah ~ kasih sayangnya terhadap anak-anaknya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[mem.bé.za.kan] | ممبيذاکن
Definisi : 1 menyatakan ada bezanya; menunjukkan bezanya: Dia sudah dpt ~ yg baik drpd yg buruk. 2 memberikan layanan yg tidak sama: Kita seharusnya dpt ~ tugas rasmi drpd tugas peribadi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)