Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : yg mengakibatkan sesuatu, fasal, kerana, lantaran, mula: doktor dapat mencari ~ penyakit itu; ia dipecat ~ malas; oleh ~ kerana; ~-musabab berbagai-bagai sebab; bersebab ada sebabnya (alasan mulanya): sakit bermula mati ~; polis tidak ada kuasa utk menangkap orang dgn tidak ~; menyebabkan menjadikan sebab, meng-akibatkan: hanya belas kasihan oranglah yg ~ dia masih hidup menumpang di rumah itu; hal ini telah ~ kemarahannya semakin meluap-luap; tersebab disebabkan oleh, terjadi kerana: kuakui bahawa segala kesalahan tidak ~ oleh orang lain; penyebab 1. orang (pihak dsb) yg menjadi sebab atau punca kpd sesuatu (kejadian, peristiwa, perbuatan, dll); 2. sesuatu (spt penyakit, bencana alam, dll) yg menjadi sebab kpd sesuatu: dia tidak menyangka tindakan-nya yg menurut hati itu menjadi ~ dirinya tersadai dlm kancah kehinaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 apa-apa yg mengakibatkan se­suatu; asal mula: Mereka sedang memikirkan ~ utama perkara itu berlaku. 2 kerana; lantaran: Dia sakit perut ~ terlalu banyak makan buah mempelam muda. bersebab ada sebabnya: Jika tidak ~, kenapa engkau menangis? menyebabkan mendatangkan atau menimbulkan sesuatu; menjadikan sebab; mengakibatkan: Apa yg ~ bandar itu maju dgn cepat? penyebab sesuatu atau seseorang yg menyebabkan ber­lakunya sesuatu: Ini akan meng­akibatkan kemusnahan kpd manusia yg juga me­rupakan ~ pencemaran itu. Kerosakan tisu merupakan ~ utama gejala penyakit dlm jangkitan virus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sebab

Puisi
 

Sebab bulan terbit pagi,
     Bunga pandan dalam cerana;
Sebab intan datang ke mari,
     Nampak berlain dalam bunga.


Lihat selanjutnya...(34)
Peribahasa

Sebab mutiara sebiji,
     lautan yang dalam diselam orang.

Bermaksud :

Orang yang berilmu itu biar di manapun ia tinggal tetap dicari orang.

 

Lihat selanjutnya...(40)


Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
rongkah[ҍN.kAh]kata kerjamerosakkan sesuatu yang keras kerana sebab-sebab tertentu (berkenaan pintu, alat permainan, peralatan elektrik)Depa rongkah pintu pasai tetingai kunci.[dE.pA ҍN.kAh pin.tu pA.sAj t«.tiN.gAj kun.tSi]Mereka merosakkan pintu sebab tertinggal kunci.
ketok[k«.to/]kata kerjamemaksa seseorang membelanja seseorang atau sekumpulan orang kerana sebab-sebab tertentu.Dia baru dapat bonoih, jom kita ketok dia.[di.jA bA.Òu dA.pAt bo.noC dZom ki.tA k«.to/ di.jA]Dia baru dapat bonus, mari kita ketuk dia.
tebotoi[t«.bo.toj]kata adjektiftermalu kerana sesuatu sebabAku tebotoi pasai pi reja pakai simis saja lupa nak pakai kaen.[A.ku t«.bo.toj pA.sAj pi Ò«.dZA pA.kAj si.mis sA.dZA lu.pA nA pA.kAj kAen]Saya termalu sebab pergi kerja hanya memakai kain dalam terlupa hendak memakai kain.
becinta[b«.tSin.tA]kata adjektifrasa berat hati untuk melakukan sesuatu kerana sesuatu sebab yang kurang menyenangkan.Aku becinta sunggoh nak pi rumah mak mentua aku, pasai jaoh sangat.[A.ku b«.tSin.tA suN.goh nA pi Òu.mAh mA m«n.tu.wA A.ku pA.sAj dZAoh sA.NAt]Saya merasa berat hati hendak pergi rumah ibu mentua saya sebab jauh sangat.
kelip pok-kelip poq[k«.lip po)Ö.k«.lip po)Ö] pejam celik berulang kali kerana sesuatu sebab seperti terperanjat, kehairanan atau ketakutan.Mata budak tu kelip pok-kelip poq pasai polis tahan.[mA.tA bu.dA/ tu k«.lip po)Ö.k«.lip po)Ö pA.sAj p.lis tA.hAn]Mata budak itu pejam celik berulang kali sebab polis tahan.
   2. berkenaan dengan muka yang tidak ceria kerana sesuatu sebabKalu adek beradek laki dia mai, muka dia mola tepeleot.[kA.lu A.de b«.ÒA.de lA.ki di.jA mAj mu.kA di.jA m.lA t«.p«.lE.ot]Kalau adik beradik suaminya datang, wajahnya tidak ceria.
kudong kepala[ku.doN k«.pA.lA] berasa teramat malu kerana sesuatu sebab.Aku rasa kudong kepala bila anak seniri kena cekop, pada hai aku ni tok imam.[A.ku ÒA.sA ku.doN k«.pA.lA bi.lA A.nA/ s«.ni.Òi k«.nA tS«.kop pA.dA hAj A.ku ni to/ i.mAm]Saya rasa teramat malu bila anak saya ditangkap berkhalwat pada halnya saya ini imam.
   2. bahagian belakang sesuatu seperti kereta, kuali dan lain-lainAwat pungkoq reta hang kemek?[A.wAt puN.ko)Ö ÒE.tA hAN k«.me]Apa sebab belakang kereta awak kemek?
   6. makan suapLaki dia kena tangkap pasai tutoh duet serekat.[lA.ki di.jA k«.nA tAN.kAp pA.sAj tu.toh du.wet s«.ÒE.kAt]Suaminya ditangkap sebab makan suap wang syarikat.
merapak II[m«.ÒA.pA/]kata adjektifberbunyi bisingMoto merapak pasai ejos dia pecah.[m.t m«.ÒA.pA/ pA.sAj E.dZos di.jA p«.tSAh]Motosikal bunyi bising sebab ekzosnya pecah.
12345678910

Kembali ke atas