Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : perasaan yg menyenangkan (menyuka-kan) atau menyedapkan hati, sedap didengar (dilihat dll): mereka berasa ~ membuat lukisan atau pekerjaan tangan; sangat ~ melihat mereka menari; berseronok-seronok bersuka ria, ber­senang-senang, bergembira, berfoya-foya: sampai hati dia ~ dgn perempuan lain sedangkan isterinya sedang terlantar sakit di rumah; menyeronokkan menimbulkan rasa se­ronok (nyaman, enak, dll): bagi orang yg sabar, bunga ini sungguh ~ dan menenteram-kan hati; keseronokan perihal (keadaan, rasa, dsb) seronok, kesedapan sesuatu yg menyebabkan seseorang dsb berasa seronok: kanak-kanak mempunyai kecenderungan dlm pelajaran yg mendatangkan ~ kpd mereka; ketidakseronokan perihal (keadaan, rasa, dsb) tidak seronok. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : dpt menyenangkan atau me­nyedapkan hati; sedap; nyaman: Kami pun mandi-manda di pantai itu dgn ~nya. menyeronokkan menyebabkan berasa seronok; menyedapkan; menya­mankan. keseronokan 1 hal atau keadaan seronok; rasa seronok: Mereka tidak dpt melupakan ~ semasa percutian itu. 2 berasa seronok: Kanak-kanak itu ~ bermain dan tidak mahu pulang ke rumah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
seronok (adjektif)
Bersinonim dengan sedap, enak, gembira, riang, ria, meriah, suka, ceria, berseronok-seronok;,
Kata Terbitan : menyeronokkan, keseronokan,
Rujuk :suka, bersuka-suka;,

Puisi
 

Rampai-rampai di Tanjung Puri,
     Pulau Pandan jauh ke tengah;
Seronok ramai sementara tak mati,
     Kalau mati dikandung tanah.


Lihat selanjutnya...(2)

Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
keloloh[k«.l.lh]kata adjektif1. berkenaan dengan seseorang yang tingkah lakunya kelakar.Seronok buat reja dengan dia pasai dia keloloh.[s«.Òo.no/ bu.wAt Ò«.dZA d«.NAn di.jA pA.sAj di.jA k«.l.lh]Seronok melakukan pekerjaan bersamanya sebab dia kelakar.
   2. meraba-raba merujuk kepada kelakuan yang tidak seronokBila wayang dah setat tangan dia mola menyerama.[bi.lA wA.jAN dAh s«.tAt tA.NAn di.jA m.lA m«.ø«.ÒA.mA]Bila wayang sudah bermula tangannya mula meraba.
hanyut[hA.øut]kata kerjatidurKami tengah syok tengok T.V. dia dah hanyut.[kA.mi t«.NAh S tE.N ti.vi di.jA dAh hA.øut]Kami sedang seronok menonton televisyen dia sudah tidur.
laro[lA.ҍ]kata adjektifberkenaan dengan situasi yang menyeronokan yang memungkinkan berlaku sesuatu kecelakaan.angan laro sangat kot sat ni ada yang nak teriak.dZA.NAn lA.ҍ sA.NAt kot sAt ni A.dA jAN nA/ t«.Òi.jA/]Jangan terlalu seronok nanti ada yang menangis.

Kembali ke atas