Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.ku] | اکو

Definisi : kata ganti nama diri pertama (selalu digunakan dlm perhubungan yg akrab antara sesama kawan dan antara manusia dgn Allah tetapi agak kasar jika digunakan ketika berbicara dgn orang yg harus dihormati). beraku menyebut “aku” sbg kata ganti nama diri pertama: Tidak sopan jika kita ~ apabila bercakap dgn orang-orang tua. mengaku 1 membuat pernyataan atau pengesahan ttg diri sendiri: Dia tidak tahu menggunakan bahasa Melayu dgn betul tetapi ~ sbg ahli bahasa. 2 mengatakan “ya” ttg sesuatu tuduhan, kesalahan dsb: Dia enggan ~ bahawa dia telah membocorkan rahsia itu. 3 menganggap sbg: ~ bapa; ~ anak. mengakui 1 mengaku akan; menyatakan sesuatu sbg benar: Pemuda itu telah ~ segala kesalahannya. 2 menerima sbg sah; membenarkan: Kerajaan Malaysia telah ~ kerajaan Bangladesh. memperakukan menjadikan sesuatu dpt diakui (kebenarannya dll): Pihak Sirim perlu ~ mutu setiap barang keluaran dlm negara. akuan segala sesuatu yg diakui: ~nya itu telah ditolak kerana tidak disertai keterangan yg cukup. perakuan hasil atau hal memperakukan: ~ pihak Sirim perlu didapatkan sebelum sesuatu barang boleh dijual kpd pengguna. pengakuan hal (perbuatan dsb) mengaku atau mengakui; pengesahan: ~ negara-negara maju utk membantu negara-negara yg sedang membangun itu sangat menggembirakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata aku

Puisi
 

Jeling-jeling paku,
     Paku masak lemak;
Siapa jeling aku,
     Aku cakap pada emak.


Lihat selanjutnya...(70)
Peribahasa

Aku alah engkaulah menang.

Bermaksud :

Tidak mahu mengaku kalah.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
meriteh[m«.Òi.teh]kata adjektifberkenaan dengan gasing yang berpusing tidak ligat dan melompat-lompat.Gasin aku meriteh, aku kena pebetoi paku dia.[gA.sin A.ku m«.Òi.teh A.ku k«.nA p«.b«.toj pA.ku di.jA]Gasing saya berpusing tidak ligat dan melompat-lompat, saya perlu membaiki pakunya.
   4. menangguhkan bayaranSewa bulan ni aku selop pasai aku nak pakai duet.[sE.wA bu.lAn ni A.ku s«.lop pA.sAj A.ku nA/ pA.kAj du.wet]Sewa bulan ini saya tangguhkan sebab saya hendak menggunakan wang.
riang[Òi.AN]kata namatenaga, kuasaAku dah penat, aku dah tak dak riang lagi dah.[A.ku dAh p«.nAt A.ku dAh tA dA Òi.AN]Saya sudah penat, saya sudah tidak ada tenaga lagi.
sentot[s«n.tot]kata adjektif1. berkenaan dengan muka atau kelakuan seseorang disebabkan oleh sesuatu hal yang negatif contohnya apabila dimarahi, dituduh dan lain-lainAdek aku sentot pasai mak aku marah dia tak pi mengaji kuran.[A.de A.ku s«n.tot pA.sAj mA A.ku mA.ÒAh di.jA tA pi m«.NA.dZi kuÒ.An]Adik saya sentot sebab mak memarahinya kerana tidak pergi belajar al-Quran.
   3. terlalu marah.Bedesiu aku bila dengaq Minah pangge laki aku `abang'.[b«.d«.si.ju A.ku bi.lA d«.NA)Ö mi.nAh pAN.gE lA.ki A.ku A.bAN]Saya terlalu marah apabila mendengar Minah memanggil suami saya 'abang'.
   2. berkenaan dengan seseorang yang kesempitan wang.Aku dok tengah hap-hap hang mintak duet, mana aku nak robk.[A.ku do/ t«.NAh hA)p.hA)p hAN min.tA/ du.wet mA.nA A.ku nA/ Òo.bE/]Saya sedang kesempitan wang awak minta wang lagi, mana saya hendak cari.
ketet[k«.tet]kata kerjadigigit serangga.Masa aku sidai kaen bawah pokok tadi, semut gatai ketet aku.[mA.sA A.ku si.dAj kAen bA.wAh p.ko/ tA.di s«.mut gA.tAj k«.tet A.ku]Masa saya sidai kain bawah pokok tadi, saya digigit semut gatal.
   2. berkenaan dengan kanak-kanak yang berkelakuan tidak menyenangkan.Anak aku bebai, dia begulin depan kedai pasai aku tak beli pemenan.[A.nA A.ku b«.bAj di.jA b«.gu.lin d«.pAn k«.dAj pA.sAj A.ku tA b«.li p«.mE.nAn]Anak saya bebai, dia berguling di hadapan kedai sebab saya tidak membeli permainan.
rosek[ҍ.sE/]kata kerjamencari sesuatu; kerosekAku dah rosek dalam semua laci tapi tak jumpa geran tanah.[Aku dAh ҍ.sE/ dA.lAm s«.mu.wA lA.tSi tA.pi tA/ dZum.pA g«.ÒAn tA.nAh]Saya sudah mencari di dalam semua laci tapi tidak jumpa geran tanah.
cepoih[tS«.poC]kata kerjamuncul dengan tiba-tibaTekejut aku, tau-tau cepoih babi utan menerepa dekat aku.[t«.k«.dZut A.ku tAw.tAw tS«.poC bA.bi u.tAn m«.n«.Ò«.pA d«.kAt A.ku]Terkejut saya, tiba-tiba keluar babi hutan menerpa ke arah saya.
12345678910...

Kembali ke atas