Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[an.tah] | انته

Definisi : butir-butir padi dlm beras atau nasi, gabah; ~ berkumpul sama ~, beras bersama beras = bersisih ~ dgn beras prb terasing orang miskin (hina) drpd orang kaya (mulia); janjian ~ tiada ceruh prb nasib yg malang tidak akan baik, malang juga selamanya; laksana ~ melu­kut (lemukut), lapar sangat baru berguna prb barang sesuatu yg tidak berharga dan kurang baik berguna juga dlm masa kekurang­an; tidak tahu ~ terkunyah prb tidak berasa bahawa telah melakukan sesuatu yg tidak patut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[an.tah] | انته

Definisi : ; negeri ~-berantah sl negeri anu (negeri khayalan sahaja). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[an.tah] | انته

Definisi : butir-butir padi yg terdapat dlm beras atau dlm nasi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata antah

Puisi
 

Orang Jawa bersampan panjang,
     Sarat muatan antah padi;
Kalau sudah berkasih sayang,
     Ilmu tidak berguna lagi.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Bersisih antah dengan beras.

Bermaksud :

Tersisih orang miskin daripada orang kaya.

 

Lihat selanjutnya...(17)


Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
perisi[p«.Òi.si]kata kerja1. mengasingkan atau menanggalkan sesuatu seperti antah daripada beras, kulit daripada bawang, isi buah daripada bijinya dan buah daripada tangkainya.Dulu kalu nak menanak kena perisi beraih.[du.lu kA.lu nA m«.nA.nA/ k«.nA p«.Òi.si b«.ÒAC]Dulu kalau hendak memasak nasi perlu buang antah.

Kembali ke atas