Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.pa.bi.la] | اڤابيلا

Definisi : (kata penghubung ayat yg bererti) pd ketika; semasa: ~ sampai di rumah, barulah ia membuka bungkusan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata apabila

Puisi
 

Kait mengait serambi padi,
     Padi ini padi Mak Buruk;
Apabila kena ular pun mati,
     Dapat sesuka hati kanda menjolok.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Apabila orang miskin menghendaki wang,
     dia mendapat anak;
apabila orang kaya menghendaki anak,
     dia mendapat wang.

Bermaksud :

Hasil yang berlawanan dengan keinginan; lain yang dihajati lain yang diperoleh.

 

Lihat selanjutnya...(53)

25

Dogs that bark don't always bite

Orang yang menengking-nengking marah lazimnya tidaklah sampai mengambil tindakan atau mendatangkan kecederaan. Oleh itu kita tidak perlu takut padanya.

Anjing yang menyalak (menggonggong) tak akan menggigit

"I thought you were seriously beaten up by that burly man. I was really scared when he started shouting and threatening you. The whole block could hear him," I said. "A barking dog never bites, and this was not the first time," replied Ali calmly.

"Aku ingatkan kau teruk dibelasah oleh lelaki sasa itu. Aku takut betul apabila dia menjerit-jerit dan mengancam-ancam kau. Seluruh blok bangunan ini boleh mendengar suaranya," kataku. "Anjing yang menyalak tak akan menggigit," jawab Ali dengan tenang.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(12)

Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
mengkala[m«N.kA.lA]kata tugasbila, apabila, manakala, jikalau, sekiranyaMengkala hang nak mai, bok mai pasembor.[m«N.kA.lA hAN nA/ mAj bo/ mAj pA.sem.br]Apabila awak hendak datang bawalah pasembor.
kembang tekak[k«m.bAN t«.kA/] berasa tidak berselera apabila melihat makanan yang tidak disukai.Tok kembang tekak tengok hotdog.[to/ k«m.bAN t«.kA/ tE.No/ hot.dog]Nenek tidak berselera tengok hotdog.
cek apa[tSE/ A.pA] ganti nama diri pertama tunggal, digunakan apabila bertutur dengan orang yang lebih tuaCek apa dok kalut la ni, laen kali la cek apa pi rumah tok.[tSE/ A.pA do/ kA.lut lA ni lAen kA.li lA tSE/ A.pA pi Òu.mAh to/]Saya sedang sibuk sekarang, lain kalilah saya pergi ke rumah nenek.
buah muyu[bu.wAh mu.ju] sejenis. buah sebesar ibu jari, berwarna hitam apabila masak isinya berwarna ungu dan rasanya masam-masam manis.   
sentot[s«n.tot]kata adjektif1. berkenaan dengan muka atau kelakuan seseorang disebabkan oleh sesuatu hal yang negatif contohnya apabila dimarahi, dituduh dan lain-lainAdek aku sentot pasai mak aku marah dia tak pi mengaji kuran.[A.de A.ku s«n.tot pA.sAj mA A.ku mA.ÒAh di.jA tA pi m«.NA.dZi kuÒ.An]Adik saya sentot sebab mak memarahinya kerana tidak pergi belajar al-Quran.
lah susu[lAh su.su] bercerai susu ibuBudak kalu umoq empat taon elok lah susu.[bu.dA/ kA.lu u.mo)Ö «m.pAt tAon E.l/ lAh su.su]Kanak-kanak apabila menjangkau umur empat tahun elok bercerai susu ibu.
merasak I[m«.ÒA.sA/]kata kerjaberlariHabeh semua merasak bila dengaq bunyi loceng.[hA.beh s«.mu.wA m«.ÒA.sA/ bi.lA d«.NA)Ö bu.øi lo.tSeN]Habis semua berlari apabila mendengar loceng berbunyi.
   3. terlalu marah.Bedesiu aku bila dengaq Minah pangge laki aku `abang'.[b«.d«.si.ju A.ku bi.lA d«.NA)Ö mi.nAh pAN.gE lA.ki A.ku A.bAN]Saya terlalu marah apabila mendengar Minah memanggil suami saya 'abang'.
tenggak[t«N.gA/]kata tugasketika, semasa atau bila yang hanya digunakan untuk situasi yang tidak disenangiTenggak nampak aku reja mintak duet.[t«N.gA/ nAm.pA/ A.ku Ò«.dZA min.tA/ du.wet]Apabila nampak saya mesti minta wang.
tepelahau[t«.p«.lA.hAw]kata adjektifkecewaTepelahau Maidin bila Minah hat dia dok tan dah kawen.[t«.p«.lA.hAw mAj.din bi.lA mi.nAh hAt di.jA do/ tAn dAh kA.wen]Kecewa Maidin apabila Minah yang diharapkannya sudah berkahwin.
1234

Kembali ke atas