Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.sal] | اصل

Definisi : 1. mula(nya), yg mula-mula (pertama) sekali: adapun ~ nama Lenggui itu Glong Gui, ertinya perbendaharaan permata; bentuk ~ bangunan itu dikekalkan; rancang­an ~; 2. tempat semula, keadaan semula, pangkal permulaan: dr mana ~nya budak ini? 3. = ~ saja (sahaja) = asalkan = ~-asalkan a) dgn syarat, apabila: kau boleh pulang ~ pekerjaanmu sudah selesai; buatlah apa yg patut, ~ tidak menyakitkan hati orang lain; b) sebaik saja, setiap ... saja: ~ dapat gaji terus berjoli; ~ ada kecil pun jadi (pada) prb kalau tidak ada banyak, sedikit pun cukup (memadai); ~ ayam pulang ke lumbung, ~ itik pulang ke pelimbahan prb tabiat orang tidak akan berubah; ~ berisi tembolok senang hati prb apabila cukup makan atau pakai, senanglah hati; ~ ditugal adalah benih prb janganlah disusahkan tidak ada pertolongan asal dimulai dahulu pekerjaan; usul menunjukkan ~ prb kelakuan (budi bahasa) orang menunjukkan asalnya (keturunannya); usul-usul, asal-asal, ~ jangan ditinggalkan prb dlm segala hal, haruslah ditilik puncanya;berasal 1. bertempat asal (di), mula-mulanya dulu berada (di): orang itu ~ dr Kedah; 2. keturunan (dr): raja itu ~ dr raja Melaka; 3. berbangsa, keturunan baik-baik: orang yg ~; mengasalkan = ~ kpd memulangkan kpd, mengembalikan kpd (asal, keadaan semula); diasalkan = ~ oleh disebabkan (oleh);asalan (Mat) titik rujukan asal bagi titik-titik lain pd garis satah atau dlm ruang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.sal] | اصل

Definisi : 1 yg mula-mula (sekali): Warna ~ kereta itu putih. Tempat ~ orang-orang Negro di Amerika ialah Afrika. 2 pangkal permulaan; tempat yg mula-mula: Dr manakah ~ orang itu? ~ mula yg mula-mula (sekali); ~ usul asal keturunan; susur galur. 3 sebab atau keadaan yg mula-mula: ~ kapas menjadi benang, ~ benang menjadi kain. 4 biar: Buatlah kerja dgn sungguh-sungguh, jangan ~ ada saja. 5 = ~ saja, = asalkan dgn syarat; hanya apabila ...; kalau: Engkau boleh pergi ~ kerjamu sudah selesai. 6 = ~ saja, = asalkan supaya: Biar lambat ~ selamat. berasal 1 bertempat asal; datang drpd: Agama Hindu ~ drpd India. 2 berketurunan drpd: Mereka mengaku ~ drpd Raja Iskandar Zulkarnain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata asal

Puisi
 

Asal sukun di Laut Jati,
     Terendak Cina jatuh ke ruang;
Patah tumbuh hilang berganti,
     Kasih lama tidak terbuang.


Lihat selanjutnya...(47)
Peribahasa

Jenguk pandang tindai-tindai;
     usul-usul,
asal-asal,
     jangan ditinggalkan.

Bermaksud :

Sebelum melakukan sesuatu pekerjaan lebih baik diperiksa dan diselidiki dulu, supaya selamat dan sempurna pekerjaan itu. tindai-tindai = lihat dengan perhatian yang saksama kalau-kalau ada yang salah.

 

Lihat selanjutnya...(47)


Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
makloh[mA/.lh]kata namamualafAsai-asai tok nenek dia makloh.[A.sAj.A.sAj to/ nE.nE/ di.jA mA/.lh]Asal-asal nenek moyangnya orang daripada agama lain yang kemudiannya memeluk agama Islam.
reta gadi[ÒE.tA gA.di] sejenis pengangkutan dua roda yang ditarik oleh manusiaAsai-asai taya reta gadi lapeh luaq besi, lapeh dalam kayu.[A.sAj.AsAj tA.jA ÒE.tA gA.di lA.peh lu.wA)Ö b«.si lA.peh dA.lAm kA.ju]Asal-asal tayar kereta gadi lapisan luarnya besi, lapisan dalamnya kayu.
gesak[gE.sA]kata kerjaberanjak sedikit dari tempat asal.Hang gesak sana sikit, aku nak dok.[hAN gE.sA sA.nA si.kit A.ku nA do]Awak beranjak sana sikit, saya hendak duduk.
   2. binaan tambahan di bahagian sisi rumah yang berbumbung sendeng dan lebih rendah daripada bumbung asalBila nak kenuri-kenara orang buat semurop untok masak.[bi.lA nA/ k«.nu.Òi.k«.nA.ÒA .ÒAN bu.wAt s«.mu.Òop un.to/ mA.sA/]Apabila kenduri-kendara orang buat semurop untuk memasak.
tebalek kuang[t«.bA.le/ ku.wAN] berkenaan dengan sesuatu yang berlaku berlawanan atau bertentangan daripada asalDulu bukan maen tegoq orang tikam ekoq, la ni tebalek kuang, dia pulak yang lebeh.[du.lu bu.kAn mAen t«.go)Ö .ÒAN ti.kAm E.k)Ö lA ni t«.bA.le/ ku.wAN di.jA pu.lA/ jAN l«.beh]Dulu dia menegur orang lain berjudi ekor, sekarang ini terbalik kuang pula, dia pula yang lebih.
tok cai[to tSAj] leluhur atau keturunanTok cai hang asai mana?[to tSAj hAN A.sAj mA.nA]Keturunan kamu asal dari mana?.

Kembali ke atas