Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ré.dar]/[ber.é.dar] | برايدر

Definisi : ark 1. bergerak berkeliling hingga sampai ke tempat asal (permulaan), berlegar: bumi kita ini ~ mengikut garis perjalanannya yg tertentu; bintang ~ bintang siarah, planet; 2. berpindah-pindah dr tangan ke tangan: surat pekeliling itu sudah ~ beberapa hari (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ré.dar]/[ber.é.dar] | برايدر

Definisi : 1 berjalan (bergerak, berlegar) berkeliling hingga sampai ke tempat permulaan: Bumi ini ~ mengelilingi matahari. 2 berpindah-pindah drpd seorang kpd seorang yg lain (dr setempat ke setempat); berputar: Surat siaran itu sudah ~ beberapa hari yg lalu. 3 berpindah tempat: Apabila jamuan selesai, para hadirin pun ~ pulang. 4 berlalu (bkn masa): Hari terus ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata beredar

Peribahasa

Mati badan dikandung tanah,
     nama beredar ke mana-mana.

Bermaksud :

Walaupun badan sudah hancur di dalam tanah, tetapi nama yang baik dikenang juga.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
gabuih ponggong[gA.buC poN.goN] beredar setelah selesai melakukan sesuatu pekerjaanReja hang dah habeh, hang buleh la gabuih ponggong, tinggai aku sorang tak siap lagi.[Ò«.dZA hAN dAh hA.beh hAN bu.leh lA gA.buC poN.goN tiN.gAj A.ku so.ÒAN tA/ si.jAp lA.gi]Kerja awak sudah habis, awak bolehlah beredar, tinggal saya seorang yang belum siap lagi.
nyong[øN]kata kerjaberedar tanpa menoleh ke kiri atau kanan disebabkan oleh sesuatu (seperti merajuk, marah dan lain-lain)Dia rasa malu kot, tu yang dia nyong balek tak tegoq sapa.[di.jA ÒA.sA mA.lu kot tu jAN di.jA øN bA.le tA t«.go)Ö sA.pA]Agaknya dia berasa malu, sebab itu dia nyong balik tidak bertegur sapa.

Kembali ke atas