Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ge.ra/] | برݢرق

Definisi : 1. bergoyang, beralih tempat, berpindah tempat: pohon itu ~ ditiup angin; jangan ~ dr tempatmu; 2. berangkat, pergi, menuju: askar-askar British telah ~ ke kawasan itu; kemudian ia bangun dan ~ dr situ; 3. berusaha, berikhtiar, bertindak: persatuan itu memerlukan wang utk ~; kami dulu sama-sama ~ dlm kumpulan itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ge.ra/] | برݢرق

Definisi : 1 berubah (berpindah) tempat atau kedudukannya; tidak diam saja: Jangan ~ dr tempatmu. 2 pergi atau menuju ke sesuatu tempat: Mereka telah ~ ke kawasan yg berbahaya itu. 3 berusaha melakukan sesuatu; melakukan sesuatu usaha: Negara Malaysia sedang ~ dgn cergas utk mencapai kemajuan dan kemakmuran hidup seluruh rakyatnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bergerak

Puisi
 

Keris panjang mata tirus,
     Ulu keris nampak bersilang;
Serta pasang dengan arus,
     Bergerak surut pasangnya hilang.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Seperti lipas kudung.

Bermaksud :

Selalu bergerak dengan cepat; selalu sibuk bekerja.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
meronot[m«.Òo.not]kata kerjabergerak dengan pantas melalui bahagian yang rendah; menyeronotAku nampak ulaq meronot bawah kayu.[A.ku nAm.pA/ u.lA)Ö m«.Òo.not bA.wAh kA.ju]Saya nampak ular menyusup bawah kayu.
menyeronot[m«.ø«.Òo.not]kata kerjabergerak dengan pantas melalui bahagian yang rendah; meronotKami menyeronot bawah rumah pasai tak mau bagi orang nampak.[kA.mi m«.ø«.Òo.not bA.wAh Òu.mAh pA.sAj tA/ mAw bA.gi .ÒAN nAm.pA/]Kami berlari menyusup bawah rumah sebab tidak mahu orang nampak.
beremba[b«.Ò«m.bA]kata kerjabergerak seperti berjalan, berlari, menunggang dalam satu kumpulan secara bersama.Jalan sempet pon depa beremba naek baskat.[dZA.lAn s«m.pet pon dE.pA b«.Ò«m.bA nAe/ bAs.kAt]Jalan sempit pun mereka beremba menunggang basikal.
merenyut[m«.Ò«.øut]kata adjektif1. berkenaan dengan serangga atau ulat yang bergerak-gerak dalam jumlah yang banyak.Dah dua hari bangkai kucin kat situ, merenyut ulat.[dAh du.wA hA.Òi bAN.kAj ku.tSin kAt si.tu dAh m«.Ò«.øut u.lAt]Sudah dua hari bangkai kucing di situ, merenyut ulat.
tekediang[t«.k«.di.jAN]kata adjektif1. berkenaan dengan kepala yang tidak boleh digerakkan kerana sakit pada bahagian leherPasai silap bantai dia tekediang.[pA.sAj si.lAp bAn.tAj di.jA t«.k«.di.jAN]Sebab tersilap bantal kepalanya tidak boleh bergerak.

Kembali ke atas