Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.khal.wat] | برخلوة

Definisi : 1. mengasingkan (memencilkan diri di tempat yg sunyi (kerana bertafakur, beribadat, dll): Tun Kesturi pun bertemu dgn Laksamana di dlm rumah ~ tiada dapat berkata-kata dgn seorang jua pun; 2. berada berdua-duaan dlm keadaan yg sumbang di tempat yg terpencil atau tersembunyi (bkn lelaki dan perempuan yg bukan muhrim dan bukan pula suami isteri): seorang isteri yg mempunyai anak dituduh ~ dgn seorang teruna di dlm sebuah bilik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.khal.wat] | برخلوة

Definisi : 1 menjauhkan diri dr orang banyak di tempat yg sunyi kerana beramal dll. 2 berada di tempat sunyi (bagi pasangan lelaki dan perempuan yg tidak bernikah) dan melakukan perkara sumbang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
khalwat (kata kerja,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan suluk, mengasingkan diri, memencilkan diri;,
Kata Terbitan : berkhalwat,


Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
kudong kepala[ku.doN k«.pA.lA] berasa teramat malu kerana sesuatu sebab.Aku rasa kudong kepala bila anak seniri kena cekop, pada hai aku ni tok imam.[A.ku ÒA.sA ku.doN k«.pA.lA bi.lA A.nA/ s«.ni.Òi k«.nA tS«.kop pA.dA hAj A.ku ni to/ i.mAm]Saya rasa teramat malu bila anak saya ditangkap berkhalwat pada halnya saya ini imam.

Kembali ke atas