Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.tul.be.tul] | بتول٢

Definisi : 1. benar-benar, sungguh-sungguh: demokrasi ~ diamalkan di sini; 2. sudah sempurna, cukup, benar-benar: biarkan air itu mendidih dan ~ masak; gaulkan ramuan itu sehingga ~ sebati; 3. tepat benar: dia berdiri ~ di hadapan saya; 4. dgn baik dan sempurna, elok-elok: sikat rambutmu ~ supaya kelihatan kemas; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.tul.be.tul] | بتول٢

Definisi : tidak main-main; benar; sungguh-sungguh: Petani mesti menjaga dan bekerja ~ supaya padi mereka tumbuh subur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata betul-betul

Puisi
 

Sayang mastali benang mastali,
     Anak patu dikasi makan;
Betul-betul memegang janji,
     Seperti paku lekat di papan.


Lihat selanjutnya...(18)
Peribahasa

Diindang ditampi teras,
     dipilih antah satu-satu.

Bermaksud :

Jika hendak mencari isteri, menantu atau pegawai hendaklah diusul periksa betul-betul jangan tersalah pilih.

 

Lihat selanjutnya...(15)


Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
mangkok ayon[mAN.ko/ A.jon] kata yang ditujukan kepada seseorang yang tidak bertanggungjawabMan tu betoi-betoi mangkok ayon, suroh sikit nak duet.[mAn tu b«.toj.b«.toj mAN.ko/ A.jon su.Òoh si.kit nA/ du.wet]Man itu betul-betul mangkok ayon, suruh sikit hendak wang.
bentiang[bEn.ti.jAN]kata namapapan tanda.Rumah tok bomo tu betoi-betoi depan bentiang nak masok jalan raya.[Òu.mAh to bo.mo tu b«.toj.b«.toj d«.pAn b«n.ti.jAN nA mA.so dZA.lAn ÒA.jA]Rumah tok bomoh tu betul-betul depan papan tanda hendak masuk ke jalan raya.
petek[p«.te]kata kerja1. menuju guli dengan cara jari sebelah tangan memegang guli dan satu jari tangan yang lain lagi menolak guliTala betoi-betoi guli dia baru hang petek kuat-kuat.[tA.lA b«.toj.b«.toj gu.li di.jA bA.Òu hAN p«.te ku.wAt.ku.wAt]Tala betul-betul gulinya baru awak tuju kuat-kuat.
celapoi[tS«.lA.poj]kata adjektif1. berkenaan dengan seseorang yang bercakap lepasCelapoi sunggoh dia tu, patot ka dia kata kita ni kaki ampu bos.[tS«.lA.poj suN.goh di.jA tu pA.tot kA di.jA kA.tA ki.tA ni kA.ki Am.pu bos]Celapoi betul dia tu, adakah patut kata kita ni kaki ampu bos.
   2. celupar.Jangan capoi sangat mulot hang tu, nanti pak belang keluaq sunggoh baru hang tau.[dZA.NAn tSA.poj sA.NAt mu.lot hAN tu nAn.ti pA b«.lAN k«.lu.wA)Ö suN.gh bA.Òu hAN tAw]Jangan capoi sangat mulut kamu tu, nanti harimau betul keluar baru kamu tahu.
   2. berkenaan dengan seseorang yang mengeluarkan kata-kata yang tidak perlu yang memungkinkan sesuatu itu terjadiTok sah dok celapoi sangat mulot hang tu, sat ni betoi-betoi keluaq ulaq kot baru hang tau.[to sAh do tS«.lA.poj sA.NAt mu.lot hAN tu sAt ni b«.toj.b«.toj k«.lu.wA)Ö u.lA)Ö kot bA.Òu hAN tAw]Jangan celapoi sangat mulut awak tu, sebentar lagi ular betul keluar baru awak tahu.

Kembali ke atas