pancoq | [pAn.tSo)Ö] | kata kerja | bilik air | Pancoq rumah kampong kolah dia besaq-besaq. | [pAn.tSo)Ö Òu.mAh kAm.poN ko.lAh di.jA b«.sA)Ö.b«.sA)Ö] | Rumah kampung bilik airnya berkolah besar. |
tahaq | [tA.hA)Ö] | kata kerja | mendenda atau menghukum | Satu kelaih kena tahaq pasai hingaq | [sA.tu k«.lAC k«.nA tAhA)Ö pA.sAj hi.NA)Ö] | Satu bilik darjah didenda sebab bising. |
tejeremoh | [t«.dZ«.Ò«.moh] | kata kerja | terserempak | Aku tejeremoh dengan ulaq kat pancoq. | [A.ku t«.dZ«.Ò«.moh d«.NAn u.lA)Ö kAt pAn.tSo)Ö] | Saya terserempak dengan ular dalam bilik air. |
mengaum | [m«.NA.um] | kata adjektif | bau yang amat busuk seperti najis, bangkai dan lain-lain | Mengaum sunggoh bilek ni, ada tikuih mampuih kot. | [m«.NA.um suN.goh bi.le/ ni A.dA ti.kuC mAm.puC kot] | Busuk sungguh bilik ini, ada tikus mati agaknya. |
kot-kot | [kot.kot] | kata tugas | barangkali, agak-agak, kalau-kalau | Co hang pi tengok dalam bilek kot-kot dia ada. | [tSo hAN pi tE.No/ dA.lAm bi.le/ kot.kot di.jA A.dA] | Cuba awak pergi tengok dalam bilik kalau-kalau dia ada. |
bekelon | [b«.k«.lon] | kata adjektif | berkenaan dengan asap yang nampak naik secara perlahan-lahan ke udara. | Ada orang isap rokok kat pancoq, nampak asap bekelon. | [A.dA .ÒAN i.sAp Ò.k kAt pAn.tS)Ö nAm.pA/ A.sAp b«.k«.lon] | Ada orang menghisap rokok dalam bilik air, nampak asap bekelon. |
gerodek | [g«.Òo.dE/] | kata kerja | menggerak-gerakkan tangan atau menggunakan sesuatu yang lain (seperti kayu, buluh, besi dan lain-lain) secara berulang-ulang; gerodak, rodak, rodek | Tulong gerodek sat lubang kunci pintu bilek, telekat menatang apa tak tau. | [tu.loN g«.Òo.dE/ sAt lu.bAN kun.tSi pin.tu bi.le/ t«.l«.kAt m«.nA.tAN A.pA tA/ tAw] | Tolong gerodek lubang kunci pintu bilik, tidak tahu apa benda yang tersumbat. |