Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bo.lot] | بولوت

Definisi : ; membolot 1. membalut, membungkus (dgn tergesa-gesa): badan dan kepala mereka dibolotnya dgn daun ribu-ribu; 2. memenangi, menggondol, memperoleh: dia telah berjaya ~ hampir-hampir semua hadiah; mereka itu ~ getah orang kampung dgn bayaran yg amat rendah;pembolotan perihal atau perbuatan membolot (membalut, menggondol, memperoleh, dll): ketua-ketua Ghee Hin tidak berasa senang melihat ~ pajak oleh ketua-ketua orang Khek;pembolot orang (kumpulan, pasukan, dsb) yg membolot. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bo.lot] | بولوت

Definisi : ; membolot mengambil atau memperoleh kesemuanya sbg hak sendiri dan tidak ada utk orang lain; memonopoli: Janganlah dia dibiarkan ~ percakapan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bolot


Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
kawai[kA.wAj]kata kerjamembolot sesuatu untuk diri sendiri.Semua reta pesaka dia kawai kat dia sorang saja.[s«.mu.wA Ò«.tA p«.sA.kA di.jA kA.wAj kAt di.jA s.ÒAN sA.dZA]Semua harta pusaka dia bolot seorang saja.
   2. membolot sesuatu untuk kepentingan diri.Reja hat senang-senang depa kampoi habeh, hat susah- susah baru bagi kat kita[Ò«.dZA hAt s«.nAN.s«.nAN dE.pA kAm.poj hA.beh hAt su.sAh.su.sAh bA.Òu bA.gi kAt ki.tA]Kerja yang senang-senang mereka bolot habis, yang susah-susah baru bagi pada kita.
   3. mengambil atau membolot sesuatu secara tamak.Mentang-mentang dia anak sulong habeh reta pesaka dia karau kat dia.[m«n.tAN.m«n.tAN di.jA A.nA/ su.loN hA.beh Ò«.tA p«.sA.kA di.jA kA.ÒAw kAt di.jA]Mentang-mentang dia anak sulung habis harta pusaka dia bolot.

Kembali ke atas