Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ca/] | چق

Definisi : bunyi spt bunyi orang makan atau bina­tang berjalan di lumpur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ca/] | چق

Definisi : ; ~ padang (tanah) sj burung spt burung pipit, apit-apit, laki padi, lancar-lancar, pipit padang, seri lancar, Anthus novaeseelandiae malayensis; ~ padi sj burung, ciak, pipit padi, pipit uban, Munia m. maja; ~ raya sj burung, tempua, Ploceus philippinus infortunatus; ~ tinting sj burung, laki padi, main angin, Cisticola juncidis malaya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ca/] | چق

Definisi : ukuran besar yg dihitung menurut besarnya lingkungan hujung jari kedua-dua belah tangan (jari telunjuk bertemu jari telunjuk, ibu jari bertemu ibu jari). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ca/] | چق

Definisi : ; ~ padang nama sj burung, Anthus novaeseelandiae malayensis. ~ padi nama sj burung, Munia maja maja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cak

Puisi
 

Cak tulis Kuala Bintang,
     Pecung yu lubang juga;
Kalau tak boleh hingga petang,
     Orang tidak kenangkan kita.


Lihat selanjutnya...(4)

Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
cak prit[tSA/ pÒit] mengundi dengan cara meletakkan jari telunjuk semua peserta di atas telapak tangan seseorang. Telapak tangan akan digenggam selepas habis menyebut kata "cak prit". Orang yang jarinya terperangkap akan dikira sebagai mangsa untuk sesuatu permainan.Sapa nak maen aci lut mai cak prit dulu.[sA.pA nA/ mAen A.tSi tut mAj tSA? pÒit du.lu]Siapa hendak main sembunyi-sembunyi mari mengundi dulu.
cak prit[tSA/ pÒit] burung pipit.   
cak plong[tSA ploN] sejenis permainan daripada buluh, pelurunya daripada buah cenerai atau kertas basah; buluh pong.Maen cak plong saket lagi kena peluru buah cenerai dari retaih basah.[mAen tSA ploN sA.ket lA.gi k«.nA p«.lu.Òu bu.wAh tS«.n«.ÒAj dA.Òi Ò«.tAC bA.sAh]Main cak plong sakit lagi kena peluru buah cenerai daripada kertas basah.
gedong cak[g«.doN tSA/] kuih daripada adunan tepung pulut, gula merah dan kelapa. Kuih ini dibungkus dengan daun nipah dan dibakar.   
buloh pong[bu.loh poN] sejenis permainan daripada buluh, pelurunya daripada buah cenerai atau kertas basah cak plong.Saket bukan maen kalu kena peluru buloh pong.[sA.ket bu.kAn mAen kA.lu k«.nA p«.lu.Òu bu.loh poN]Sakit bukan main kalau kena peluru buluh pong.

Kembali ke atas