Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.pur] | داڤور

Definisi : 1. bahagian rumah tempat memasak; 2. alat utk memasak (nasi, gulai, dll), tempat membakar (roti, kapur, dll); belanja ~ perbe­lanjaan utk keperluan makanan sehari-hari; orang ~ bp isteri atau orang perempuan yg menguruskan penyediaan makanan sehari-hari; orang se~ seisi rumah (kaum keluarga); ~ arang dapur yg menggunakan arang sbg bahan pembakar; ~ basah dapur tempat me­lakukan kerja masak-memasak yg biasanya banyak menggunakan air; ~ elektrik = ~ karan dapur yg menggunakan kuasa elektrik; ~ gas dapur yg menggunakan gas sbg bahan bakar; ~ kayu dapur yg menggunakan kayu sbg bahan pembakar; ~ kering dapur yg hanya digunakan utk menyediakan makanan ringan atau meng­hidangkan makanan (biasanya berkeadaan kering); ~ minyak tanah dapur yg meng­guna­kan minyak tanah sbg bahan pembakar; ~ umum dapur tempat menyediakan makanan utk orang ramai (dlm keadaan darurat dsb). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.pur] | داڤور

Definisi : 1 bahagian rumah tempat memasak: ~nya kecil, tetapi bersih. 2 alat tempat memasak (nasi dll): Emaknya menggunakan ~ gas sekarang. 3 tempat membakar sesuatu (spt kapur, roti). ~ basah dapur tempat melakukan kerja. ~ elektrik dapur yg menggunakan tenaga elektrik. ~ gas dapur yg menggunakan gas utk memasak. ~ kayu dapur yg menggunakan kayu sbg bahan utk dibakar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dapur

Puisi
 

Betul bodoh orang di dapur,
     Keris pesaka potongkan sayur;
Sungguh songket bunga bertabur,
     Kerap tercampak di balik dapur.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Merantau di sudut dapur.

Bermaksud :

Pergi mencari penghidupan ke tempat yang tak berapa jauh. (Biasa juga: Merantau ke balik dapur).

 

Lihat selanjutnya...(11)


Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
lekat api[l«.kAt A.pi] menyalakan api dapur.Hang tulong lekat api dapoq gaih sat.[hAN tu.loN l«.kAt A.pi dA.po)Ö gAC sAt]Awak tolong nyalakan api dapur gas.
gedohoq[g«.do.h)Ö]kata nama1. dapur yang dibuat dengan cara mengorek lubang di tanah, sabak.Dulu bila nak raya baru tok pakai gedohoq bila kacau dodoi.[du.lu bi.lA nA ÒA.jA bA.Òu to pA.kAj g«.do.h)Ö bi.lA kA.tSAw do.doj]Dahulu apabila hampir hari raya baru nenek pakai sabak untuk mengacau dodol.
   2. berkenaan dengan sesuatu yang banyak dan tidak tersusun; bededam-dedam.Buleh hang dok biaq pinggan bededam di dapok?[bu.leh hAN do/ bi.jA)Ö piN.gAn b«.d«.dAm di dA.po)Ö]Boleh kamu membiarkan pinggan bededam di dapur?

Kembali ke atas