orat | [.ÒAt] | kata nama | garisan yang dibuat di atas tanah atau lantai untuk sesuatu permainan | Kalu guli hang keluar orat, hang kalah la. | [kA.lu gu.li hAN k«.lu.wA)Ö .ÒAt hAN kA.lAh lA] | Kalau guli awak keluar garisan, awak kalah. |
selibaq | [s«.li.bA)Ö] | kata nama | kain atau tuala yang diletakkan di atas bahu | Besanya orang boh selibaq pasai tak mau bau dia becalaq masa pikoi barang berat. | [bE.sA.øA o.ÒAN boh s«.li.bA)Ö pA.sAj tA mAw bAw di.jA b«.tSA.lA)Ö mA.sA pi.koj bA.ÒAN b«.ÒAt] | Biasanya orang letak kain di atas bahu sebab tidak mahu bahunya bercalar semasa memikul barang berat. |
pekop | [p«.kop] | kata kerja | 1. melengkungkan tapak tangan di atas sesuatu permukaan yang rata | Kami semua pakat pekop telinga bila nak cucoh meriam buloh. | [kA.mi s«.mu.wA pA.kAt p«.kop t«.li.NA bi.lA nA tSu.tSoh m«.Òi.jAm bu.loh] | Kami semua pekop telinga bila hendak menyalakan meriam buluh. |
cak prit | [tSA/ pÒit] | | mengundi dengan cara meletakkan jari telunjuk semua peserta di atas telapak tangan seseorang. Telapak tangan akan digenggam selepas habis menyebut kata "cak prit". Orang yang jarinya terperangkap akan dikira sebagai mangsa untuk sesuatu permainan. | Sapa nak maen aci lut mai cak prit dulu. | [sA.pA nA/ mAen A.tSi tut mAj tSA? pÒit du.lu] | Siapa hendak main sembunyi-sembunyi mari mengundi dulu. |
melepok | [m«.lE.p/] | kata kerja | duduk dengan melipatkan kedua belah kaki dengan punggung diletakkan di atas pelipatan kaki | Dok melepok elok-elok sikit, baru nampak lendet. | [do/ m«.lE.p/ E.l/.E.l/ si.kit bA.Òu nAm.pA/ l«n.det] | Duduk melepok elok-elok sikit, baru nampak tertib. |
terebe II | [t«.Ò«.bE] | kata kerja | melastik cengan cara membalingkan sesuatu (contoh kertas, guli, batu dan lain-lain) yang diletakkan di atas getah yang ditegangkan dan dilepaskan pada sasaran | Kalu nak terebe cicak, pakai getah dengan retaih pon buleh. | [kA.lu nA/ t«.Ò«.bE tSi.tSA/ pA.kAj g«.tAh d«.NAn Ò«.tAC pon bu.leh] | Kalau hendak melastik cicak guna getah dan kertas pun boleh. |
lempiang bakaq | [lEm.pi.jAN bA.kA)Ö] | | sejenis kuih daripada pisang yang diramas dengan tepung gandum dan gula. Bancuhan ini dileperkan di atas daun pisang dan ditutup dengan daun pisang lalu dibakar. | | | |
santau | [sAn.tAw] | kata kerja | mengunjurkan sesuatu (seperti kaki, kayu) meletaknya di atas sesuatu. | Santau kaki hang ataih bangku baru senang aku urot. | [sAn.tAw kA.ki hAN A.tAs bAN.ku bA.Òu s«.nAN A.ku u.Òot] | Unjurkan kaki awak atas bangku baru senang saya mengurut. |
kokko | [k/.k] | kata kerja | memikul seseorang di atas belakang badan. | Pak Mat kokko anak dia masa nak seberang sungai. | [pA/ mAt k/.k A.nA/ di.jA mA.sA nA/ s«.b«.ÒAN su.NAj] | Pak Mat memikul anaknya masa hendak menyeberang sungai. |
raket | [ÒA.ket] | kata nama | alat daripada pelepah rumbia untuk mengangkut ikatan semaian dari tapak semaian ke petak sawah. Ikatan anak semian akan diletakkan di atas pelepah dan ditarik. | La ni tak pakai raket lagi pasai orang tanam padi pakai serak. | [lA ni tA/ pA.kAj ÒA.ket lA.gi pA.sAj .ÒAN tA.nAm pA.di pA.kAj sE.ÒA/] | Sekarang tidak guna raket kerana orang menanam padi secara menabur. |