Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gu.lai] | ݢولاي

Definisi : masakan (daging, ikan, dll) yg berkuah: ~ ayam; ~ terung; ~ lemak gulai yg memakai santan yg banyak; ~ lampau serai tentu maung prb perbuatan yg berlebihan tidak mendatangkan faedah; ~ sedap nasi mentah, nasi sedap ~ mentah prb sesuatu perbuatan atau perkataan yg tidak sempurna; menggulai membuat (memasak) gulai: ibuku sudah siap bertanak dan ~; jikalau pandai ~, badar pun menjadi tenggiri prb orang yg pandai dapat mengerjakan sesuatu dgn baik walaupun kelengkapannya kurang; gulai-menggulai pekerjaan menggulai; menggulaikan 1. membuat gulai utk orang lain; 2. = mempergulaikan memasak sesuatu supaya menjadi gulai: barang rendang direndangkan, barang gulai digulaikan; penggulaian 1. perihal atau perbuatan menggulai(kan); 2. barang apa yg digulaikan, masakan gulai: kalau babu itu memang enak ~nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gu.lai] | ݢولاي

Definisi : masakan lauk-pauk yg berkuah (biasanya disertai rempah-rempah): ~ ayam; ~ lemak gulai bersantan tetapi tidak berempah. menggulai memasak gulai; membuat gulai: Isterinya memang pandai ~. menggulaikan memasak sesuatu supaya menjadi gulai: Halimah ~ ikan tenggiri utk ayahnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gulai

Puisi
 

Nasi lemak gulai udang,
     Tiga dengan gulai pari;
Bajunya kot songketnya gadang,
     Hilang di mata mana nak cari.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Babi merasa gulai.

Bermaksud :

Menyama-nyamai orang berpangkat tinggi (kaya dan sebagainya). merasa gulai = mencuba masin pedas gulai.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
tomeh darat[t.mEh dA.ÒAt] kaedah menumis yang buat selepas gulai atau kari siap dimasak. Ini dilakukan dengan mengoreng bawang, daun kari, bili sawi dan lain-lain dan dicurahkan ke dalam gulai atau kari tadi   
melugai[m«.lu.gAj]kata adjektif1. rasa seperti hendak muntahGulai ikan ruan ni hanyaq, nak makan pon melugai.[gu.lAj i.kAn Òu.An ni hA.øA)Ö nA/ mA.kAn pon m«.lu.gAj]Gulai ikan haruan ini hanyir, hendak makan pun rasa seperti hendak muntah.
ceruah[tS«.Òu.wAh]kata kerjamenyimbah atau mencurah cecair; cerok, ceruakPi ceruah gulai basi kat peredu pokok pisang.[pi tS«.Òu.wAh gu.lAj bA.si kAt p«.Ò«.du p.ko pi.sAN]Pergi curah gulai basi di perdu pokok pisang.
cengeh[tSe.NEh]kata adjektifbau yang menusuk seperti bau bawang putih, rempah dan peluhGulai ni tak sedap pasai rempah dia cengeh.[gu.lAj ni tA s«.dAp pA.sAj Ò«m.pAh di.jA tSe.NEh]Gulai ini tidak sedap sebab rempahnya berbau.
lajak[lA.dZA/]kata adjektifberselera untuk makan.Kalu ada pekasam dengan gulai ikan puyu baru lajak makan.[kA.lu A.dA p«.kA.sAm d«.NAn gu.lAj i.kAn pu.ju bA.Òu lA.dZA/ mA.kAn]Kalau ada pekasam dan gulai ikan puyu baharu berselera.
karau[kA.ÒAw]kata kerja1. menghabiskan isi sahaja dan meninggalkan kuah.Habeh hang karau laok tinggai kuah gulai saja lagi.[hA.bEh hAN kA.ÒAw lAo/ tiN.gAj ku.wAh gu.lAj sA.dZA lA.gi]Awak habiskan lauk tinggal kuah gulai saja lagi.
ceroi[tS«.Òoj]kata adjektifcair berkenaan gulai, kopi, teh dan sebagainyaAyaq kopi kat kantin ceroi sangat.[A.jA)Ö k.pi kAt kAn.tin tS«.Òoj sA.NAt]Air kopi di kantin sangat cair.
nasik sorok[nA.si so.Òo] nasi berserta lauk tertentu (seperti gulai ikan kering, kerabu dan sambal) yang dihidangkan sebelum jamuan kenduriMasa aku mai tadi, depa tengah dok makan nasik sorok.[mA.sA A.ku mAj tA.di dE.pA t«.NAh do mA.kAn nA.si so.Òo]Semasa saya sampai tadi, mereka sedang makan nasi sorok.
seliaq[sE.li.jA)Ö]kata kerjalap sesuatu (seperti cecair, kekotoran dan lain-lain) dengan sesuatu (tangan, kain, langsir dan lain-lain); heliakHang seliaq dulu tepi pinggan gulai tu dengan kaen burok.[hAN sE.li.jA)Ö du.lu t«.pi piN.gAn gu.lAj tu d«.NAn kAen bu.Òo/]Awak lap dulu tepi pinggan gulai itu dengan kain buruk.

Kembali ke atas