Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.nyir] | هاڽير

Definisi : 1. (ber)bau spt bau ikan basah, (telur itik dsb); 2. masih terlalu muda (budak dll); budak ini masih ~ masih terlalu muda; elok buruk dan busuk ~ kesenangan dan kesusahan; menghanyirkan menyebabkan berbau han­yir: telur itik ~ kuih; kehanyiran perihal hanyir (bau): dia tidak tahan ~ bau ikan itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.nyir] | هاڽير

Definisi : berbau spt bau ikan basah. menghanyirkan menyebabkan berbau hanyir. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hanyir
Rujuk :busuk

Peribahasa

Bagai belacan dikerat dua: yang pergi busuk,
     yang tinggal hanyir.

Bermaksud :

Perkara yang mendatangkan aib kepada kedua-dua belah pihak.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
melugai[m«.lu.gAj]kata adjektif1. rasa seperti hendak muntahGulai ikan ruan ni hanyaq, nak makan pon melugai.[gu.lAj i.kAn Òu.An ni hA.øA)Ö nA/ mA.kAn pon m«.lu.gAj]Gulai ikan haruan ini hanyir, hendak makan pun rasa seperti hendak muntah.
darang[dA.ÒAN]kata adjektifberkenaan dengan ikan keli yang berlegar-legar kerana hendak bertelur.Ikan keli darang orang tak tangkap pasai bau dia hanyaq.[i.kAn k«.li dA.ÒAN .ÒAN tA/ tAN.kAp pA.sAj bAw di.jA hA.øA)Ö]Ikan keli darang orang tidak tangkap sebab baunya hanyir.

Kembali ke atas