Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.ruan] | هروان

Definisi : sj ikan darat, ruan, Channa striatus; ~ tasik sj haruan, Rachycentron canadus; ~ makan anak prb bapa atau ketua yg memperkosa anak (anak buahnya) sendiri; bagai ~ dlm tuar prb perihal seseorang yg tidak tetap halnya (kerana berada dlm kesu­sahan dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.ruan] | هروان

Definisi : nama sj ikan darat, Ophicephalus striatus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata haruan

Puisi
 

Anak haruan mudik berenam,
     Lumba-lumba menyusul tebing;
Sama mencecah si hati kuman,
     Susah senang sama membimbing.


Lihat selanjutnya...(16)
Peribahasa

Seperti bujuk lepas dari bubu.

Bermaksud :

Menghilang dengan cepat. bujuk = ikan haruan.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
mengelau[m«.N«.lAw]kata kerjamemancing ikan haruan menggunakan buluh panjang dengan menggunakan umpan katak minyakSemalam ayah pi mengelau, banyak jugak dapat ikan ruan.[s«.mA.lAm A.jAh pi m«.N«.lAw bA.øA/ dZu.gA/ dA.pAt i.kAn Òu.wAn]Semalam ayah pergi memancing, banyak juga dapat ikan haruan.
anak-anak[A.nA/.A.nA/]kata namaanak ikan haruan yang masih dalam kumpulan dan diawasi oleh ibunya.   
bantut[bAn.tut]kata namasejenis makanan yang dibuat daripada ikan haruan yang dibelah belakang dan disumbat dengan kelapa berserta cili, bawang, serai, kunyit dan sebagainya. Ikan ini kemudiannya dipanggang.   
melugai[m«.lu.gAj]kata adjektif1. rasa seperti hendak muntahGulai ikan ruan ni hanyaq, nak makan pon melugai.[gu.lAj i.kAn Òu.An ni hA.øA)Ö nA/ mA.kAn pon m«.lu.gAj]Gulai ikan haruan ini hanyir, hendak makan pun rasa seperti hendak muntah.
jangket[dZAN.ket]kata kerjameletakkan umpan pada mata kailKalu nak tangkap ikan ruan hang kena jangket katak minyak.[kA.lu nA/ tAN.kAp i.kAn Òu.wAn hAN k«.nA dZAN.ket kA.tA/ mi.øA/]Kalau hendak menangkap ikan haruan awak perlu meletakkan umpan katak minyak.
belah daen[b«.lAh dAen] membelah dua tanpa putus pada bahagian belakang kepala ikan hingga ke ekor, biasanya untuk dikeringkan atau dipanggang.Hang belah daen ikan ruan hat mati tu buat kerin.[hAN b«.lAh dAen i.kAn Òu.wAn hAt mA.ti tu bu.wAt k«.Òin]Kamu belah daen ikan haruan yang mati untuk dikeringkan.
oncat[on.tSAt]kata kerjamenaikkan dan menurunkan umpan dalam air supaya umpan kelihatan seperti melompat-lompat. Ini dilakukan berulang-ulang kali ketika mengail untuk menarik perhatian ikanKalu nak mengai ikan puyu atau ruan, hang kena oncat umpan baru lekaih dapat ikan.[kA.lu nA m«.NAj i.kAn pu.ju A.tAw Òu.wAn hAN k«.nA on.tSAt um.pAn bA.Òu l«.kAC dA.pAt ikAn]Kalau hendak mengail ikan puyu atau haruan, awak perlu oncat umpan baru cepat dapat ikan.

Kembali ke atas