Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hi.da.ngan] | هيدڠن

Definisi : 1. makanan yg disediakan, sajian: maka didapatinya Mak Andeh masih bersiap menyajikan ~; ~ Melayu makanan masakan Melayu; 2. sesuatu (spt lagu, muzik, drama) yg diperdengarkan, diperlihatkan, dsb: ma­sing-masing menyandar ke kerusi menden­gar ~ lagu-lagu merdu drpd peti radio; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hi.da.ngan] | هيدڠن

Definisi : 1 makanan atau minum­an yg dihidangkan atau disajikan; sajian: Silalah makan ~ yg tidak sptnya ini. 2 sesuatu yg dipersembahkan (diperdengarkan atau diperlihatkan): Masing-masing bersandar di kerusi mendengar ~ lagu-lagu merdu dr radio. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hidang
Kata Terbitan : berhidang, menghidangkan, hidangan, penghidangan,

Puisi
 

Nanas halwa pisang salai,
     Hidangan kali pertama dara;
Hasrat kecewa cinta terkulai,
     Ingatan mesra tetap ada.


Lihat selanjutnya...(5)

Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
   2. kawasan memasak dan mengurus hidangan untuk majlis kenduri kahwin.Kalu nak tambah dalca hang pi ambek dekat gedohoq.[kA.lu nA tAm.bAh dAl.tSA hAN pi Am.bE d«.kAt g«.do.h)Ö]Kalau hendak tambah dalca lagi kamu pergi ambil di gedohok.
mentara[m«n.tA.ÒA]kata namaorang yang membantu melicinkan perjalanan kenduri kahwin (seperti membawa dan mengangkat hidangan, memberi bunga telur dan sebagainya.)Hari kenuri pukoi dua belaih sampai pukoi satu tengah hari mentara tak menang tangan pasai orang dok timpa.[hA.Òi k«.nu.Òi pu.koj du.wA b«.lAC sAm.pAj pu.koj sA.tu t«.NAh hA.Òi m«n.tA.ÒA tA/ m«.nAN tA.NAn pA.sAj .ÒAN do/ tim.pA]Hari kenduri pukul dua belas sehingga pukul satu tengah hari mentara tidak menang tangan sebab orang ramai datang.
pinggan asahan[piN.gAn A.sA.hAn] pinggan kaca yang besar digunakan dalam majlis kenduri yang digunakan untuk menghidangkan nasi serta lauk pauk di dalamnya. Hidangan ini disajikan untuk empat orang pinggan tapak gajahSetengah orang geli nak makan nasik ramai-ramai dalam pinggan asahan.[s«.t«.NAh o.ÒAN g«.li nA mA.kAn nA.si ÒA.mAj.ÒA.mAj dA.lAm piN.gAn A.sA.hAn]Ada orang berasa geli hendak makan nasi beramai-ramai dalam pinggan asahan.
pinggan tapak gajah[piN.gAn tA.pA gA.dZAh] pinggan kaca yang besar digunakan dalam majlis kenduri yang digunakan untuk menghidangkan nasi serta lauk pauk di dalamnya. Hidangan ini disajikan untuk empat orang pinggan asahanAda lagi menaksah yang pakai pinggan tapak gajah.[A.dA lA.gi m«.nA.sAh jAN pA.kAj piN.gAn tA.pA gA.dZAh]Ada lagi madrasah yang pakai pinggan tapak gajah.

Kembali ke atas