Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hi.ngus] | هيڠوس

Definisi : lendir yg keluar drpd hidung; sakit ~ sj penyakit kuda (bengkak pd kulit lendir hidung); bagai budak sapu ~ prb perihal orang yg tidak tahu mengerjakan sesuatu dgn sendirinya; berhingus 1. ada atau mengeluarkan hingus: hidungnya ~; 2. mentah (dlm pengalaman hidup dsb); menghingu hingusan; anak ~ Id, ki masih kecil lagi: bapanya mati ketika ia masih anak ~.si 1. membuang hingus drpd hi­dung orang lain, mengesang; 2. ki memper­dayakan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hi.ngus] | هيڠوس

Definisi : lendir yg keluar dr hidung. berhingus 1 ada atau mengeluarkan hingus. 2 ki mentah dlm pengalaman hidup dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata hingus


Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
nyeh[øEh]kata kerjamenghembus hingus secara menutup sebelah hidung dengan jari atau memicit bahagian tepi lubang hidung dengan jari; sehJangan dok nyeh hingguih rata-rata.[dZA.NAn do øEh hiN.guC ÒA.tA.ÒA.tA]Jangan nyeh hingus di merata-rata tempat.
she[sEh]kata kerjamenghembus hingus secara menutup sebelah hidung dengan jari atau memicit lubang hidung dengan jari; nyehOrang dok tengah makan hang pi la seh jaoh sikit.[o.ÒAN do t«.NAh mA.kAn hAN pi lA sEh dZAoh si.kit]Orang sedang makan awak pergilah seh jauh sikit.
betarin[b«.tA.Òin]kata adjektifberkenaan dengan sesuatu yang melintang di antara bahagian hidung dan bibir contoh, misai, hingus dan lain-lain.Pelakon jahat dulu-dulu misai betarin.[p«.lA.kon dZA.hAt du.lu.du.lu mi.sAj b«.tA.Òin]Pelakon jahat zaman dahulu bermisai melintang.
bekeretang[b«.k«.Ò«.tAN]kata adjektifberkenaan dengan kotoran yang kering pada sesuatu permukaan seperti anggota badan manusia, haiwan, pakaian, dan dinding.Pipi budak tu bekeretang dengan hinguih.[pi.pi bu.dA tu b«.k«.Ò«.tAN d«.NAn hi.NuC]Pipi budak itu bekeretang dengan hingus.

Kembali ke atas