Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : hujan pd waktu mata­hari bersinar; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : hujan sedangkan matahari masih ber­sinar-sinar; menghujanpanaskan membiarkan kena hujan dan panas, tidak mempedulikan hujan dan panas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : hujan yg turun ketika matahari bersinar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hujan (kata nama)
Kata Terbitan : berhujan, menghujani, menghujankan, kehujanan,

Puisi
 

Hujan panas pagi hari,
     Ayam putih masuk reban;
Hilang emas boleh dicari,
     Hilang kekasih guna teraban.


Lihat selanjutnya...(20)
Peribahasa

Panas setahun hujan sehari,
     liput tanjung dengan pulau.

Bermaksud :

Kebaikan hilang kerana kejahatan yang sedikit. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hilang kemarau setahun oleh hujan sehari, b. Panas setahun dihapuskan oleh hujan sehari). liput = genang.

 

Lihat selanjutnya...(16)

322

Into each life some rain must fall

Sudah menjadi lumrah kehidupan manusia, ada ketikanya senang dan ada ketikanya susah. (Peribahasa ini lazimnya diucapkan untuk menenangkan hati orang yang ditimpa malang dan untuk mengingatkan bahawa nasib malang itu hanyalah sementara)

Hujan panas permainan hari, senang susah permainan hidup.

Don't you feel sad, my dear. Everybody must have his or her misfortune. Remember, into each life some rain must fall. Who knows may be tomorrow luck will come and knock at your door.

Usah kamu bersedih, sayangku. Tiada insan yang tidak ditimpa malang. Ingat, hujan panas permainan hari, senang susah permainan hidup. Siapa tahu esok-esok nasib yang baik akan datang juga.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(6)

Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
panaih meruap[pA.nAC m«.Òu.wAp] berkenaan dengan badan yang panas disebabkan oleh cuaca, sakit dan lain-lain.Dua tiga hari ni tak ujan, badan naek panaih meruap.[du.wA ti.gA hA.Òi ni tA u.dZAn bA.dAn nAe pA.nAC m«.Òu.wAp]Dua tiga hari ini tidak hujan, badan terasa panas.
dok tak dok[do tA do] sesuatu yang terjadi secara spontan atau tiba-tiba.Dalam dok panaih, dok tak dok ujan.[dA.lAm do pA.nAC do tA do u.dZAn]Ketika hari panas, tiba-tiba hujan.

Kembali ke atas