Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[i.ti/] | ايتيق

Definisi : sj binatang yg lebih kecil drpd angsa, bebek; ~ manila = ~ mandarin, Aix galericulata; ~ nila = ~ surati itik ternakan Cairina moschata; ~ air = ~ berkek = ~ laut belibis (burung belebas); ~ berenang dlm air (di laut) mati kehausan prb menderita kesusahan meskipun banyak wang atau berpangkat tinggi; ~ bertaji prb orang yg sangat penakut tetapi sombong; ~ tak sudu, ayam tak patuk prb sesuatu yg tidak berguna sama sekali; bagai ~ berebutkan tembolok prb perbantahan kerana sebab yg terlalu kecil; bagai ~ pulang petang prb (berjalan) sangat lambat; mengajar ~ berenang prb perihal membuat pekerjaan yg sia-sia; perkataan mengekor ~ jantan prb perkataan yg menyindir (sombong); spt ~ mendengar guntur prb mengharapkan keuntungan yg tidak tentu datang; tak ada ~ yg bertenger prb perkara yg mustahil. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[i.ti/] | ايتيق

Definisi : sj binatang yg lebih kecil drpd angsa dan pandai berenang; bebek. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata itik

Puisi
 

Itik-itik di Kampung Cina,
     Buah mempelam masak bercahaya;
Adik-adik abang bertanya,
     Berapa bulan kasihkan saya?


Lihat selanjutnya...(51)
Peribahasa

Itik mendapat air.

Bermaksud :

Memperoleh sesuatu yan sangat digemarinya.

 

Lihat selanjutnya...(24)


Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
yong[joN]kata kerjamembawa dan mengawal sekumpulan manusia atau haiwan (contohnya itik)Pagi-pagi dia yong itik pi bendang.[pA.gi.pA.gi di.jA joN i.tE/ pi b«n.dAN]Pagi-pagi dia membawa itik ke sawah.
matah[mA.tAh]kata adjektifberkenaan dengan ketidakupayaan itik untuk berjalan setelah dikejarKalu itek matah bagi makan ayaq belacan atau ayaq selot.[kA.lu i.te/ mA.tAh bA.gi mA.kAn A.jA)Ö b«.lA.tSAn A.tAw A.jA)Ö s«.lot]Kalau itik tidak berupaya untuk berjalan berilah minum air belacan atau air selut.
acaq[A.tSA)Ö]kata namakawasan takungan air buangan seperti air mandi, air basuhan pinggan dan lain-lain.Sepa tak makan itek pasai dia suka sudu acaq.[sE.pA tA mA.kAn i.tE pA.sAj di.jA su.kA su.du A.tSA)Ö ]Kami tidak makan itik sebab itik suka menyudu acaq.
lau[lAw]kata namareban ayam atau itik.Hawaq baru ni mampuih habeh ayam satu lau.[hA.wA)Ö bA.Òu ni mAm.puC hA.beh A.jAm sA.tu lAw]Penyakit hawar baharu ini habis mati ayam satu reban.

Kembali ke atas