Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jum.pa] | جومڤا

Definisi : ; berjumpa (pergi) menemui seseorang (di suatu tempat): mereka hendak ~ dgn Guru Besar; menjumpai berjumpa dgn: polis ~ sebilah parang di belakang rumah mangsa pem­bunuhan itu; memperjumpakan mempertemukan; terjumpa menjumpai sesuatu secara ke­betulan (tidak sengaja): kalau ~ benda-benda ganjil, jangan sekali-kali engkau ambil; jumpaan 1. perihal menjumpai, penemuan; 2. benda yg dijumpai: suatu isotop karbon dapat menentukan tarikh fosil dan ~ purba lain; perjumpaan perihal berkumpul atau ber­himpun (dlm mesyuarat, majlis ke­ramaian, dsb), pertemuan: ~ itu diadakan dlm suasana ramah-tamah; penjumpaan perihal atau perbuatan men­jumpai, penemuan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jum.pa] | جومڤا

Definisi : ; berjumpa 1 bertemu secara kebetulan atau dgn tiba-tiba: Saya ~ dgn kawan lama saya di pasar lambak. 2 bertemu utk sesuatu tujuan: Saya ingin ~ dgn Guru Besar tetapi dia jarang ada di pejabat. menjumpai mendapati; menemui: Mereka ~ beberapa mayat di bawah timbunan runtuhan itu. memperjumpakan menyebabkan dpt berjumpa; mempertemukan: Dia berjanji akan ~ saya dgn pengurus perusahaan itu. terjumpa menjumpai dgn tidak sengaja atau dgn tiba-tiba; terdapat: Dia ~ duit sebanyak RM50/- di tepi sungai itu. jumpaan benda yg dijumpai: Berbagai-bagai ~ terdapat di bangunan lama itu. perjumpaan hal atau perbuatan berjumpa; pertemuan: ~ itu telah diadakan di Balai Budaya. penjumpaan perihal atau perbuatan menjumpai; penemuan: ~ emas di California telah menarik para pelombong ke sana. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jumpa
Kata Terbitan : berjumpa, menjumpai, memperjumpakan, terjumpa, perjumpaan,

Puisi
 

Anak dekut hutan Merlimau,
     Jumpa landak meniti batang;
Kalau takut makan rimau,
     Tidak saya berjalan seorang.


Lihat selanjutnya...(35)

Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
melilau[m«.li.lAw]kata kerjapergi ke merata-taraKemaren puaih aku melilau cari rumah hang tapi tak jumpa-jumpa.[k«.mA.Òen pu.AC A.ku m«.li.lAw tSA.Òi Òu.mAh hAN tA.pi tA/ dZum.pA.dZum.pA]Kemarin puas saya pergi ke merata-tara kerana mencari rumah awak tapi tidak berjumpa.
tang[tAN]kata tugasdiTang mana hang jumpa dia?[tAN mA.nA hAN dZum.pA di.jA]Di mana awak jumpa dia?
rosek[ҍ.sE/]kata kerjamencari sesuatu; kerosekAku dah rosek dalam semua laci tapi tak jumpa geran tanah.[Aku dAh ҍ.sE/ dA.lAm s«.mu.wA lA.tSi tA.pi tA/ dZum.pA g«.ÒAn tA.nAh]Saya sudah mencari di dalam semua laci tapi tidak jumpa geran tanah.
caq II[tSA)Ö]kata kerjamengelakkan diri.Kalu jumpa aku dia caq pasai dia ada utang kat aku.[kA.lu dZum.pA A.ku di.jA tSA)Ö pA.sAj di.jA A.dA u.tAN kAt A.ku]Kalau berjumpa saya dia mengelakkan diri sebab dia berhutang dengan saya.
geroh[g«.ҍh]kata adjektiftakut terhadap sesuatu akibat daripada sesuatu peristiwa yang pernah dialamiMai kita bawak dia pi jumpa bomo nak bagi hilang geroh.[mAj ki.tA bA.wA/ di.jA pi dZum.pA b.m nA/ bA.gi hi.lAN g«.Òoh]Mari kita membawanya berjumpa bomoh untuk menghilangkan rasa takutnya.

Kembali ke atas