Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.mi] | کامي

Definisi : 1. saya sekalian (saya dan rakan-rakan saya semua): sudah lama ~ menunggu awak di sini; 2. saya, aku: tidaklah ~ panjangkan cerita tersebut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.mi] | کامي

Definisi : 1 kata ganti nama diri pertama dlm bentuk jamak: Selepas itu, ~ pun pulanglah ke rumah. 2 saya; aku: Tidaklah ~ panjangkan cerita tsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kami (kata nama)
1. Bersinonim dengan kita: kami sekelian, kema, kita orang,

2. Bersinonim dengan saya: aku
Berantonim dengan kamu.


Puisi
 

Jangan disumpit pelanduk kami,
     Pelanduk kami sudah berpagar;
Jangan diikat si pantun kami,
     Pantun kami baru belajar.


Lihat selanjutnya...(184)
Peribahasa

Api padam puntung hanyut,
     kami tidak di situ lagi.

Bermaksud :

Cerita yang sudah tamat; benar-benar sudah selesai.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
ronyeh II[ҍ.øEh]kata adjektifberkenaan dengan rambut yang tidak terurus.Rambut kami ronyeh pasai kami mai dengan moto.[ÒAm.but kA.mi ҍ.øEh pA.sAj kA.mi mAj d«.NAn m.t]Rambut kami tidak terurus sebab kami datang dengan motosikal.
hanyut[hA.øut]kata kerjatidurKami tengah syok tengok T.V. dia dah hanyut.[kA.mi t«.NAh S tE.N ti.vi di.jA dAh hA.øut]Kami sedang seronok menonton televisyen dia sudah tidur.
tut-tut[tut.tut]kata tugastiba-tibaMasa kami tengah makan tut-tut lampu padam.[mA.sA kA.mi t«.NAh mA.kAn tut.tut lAmpu pA.dAm]Semasa kami sedang makan tiba-tiba lampu padam.
ocok[.tS/]kata kerjamenghasutDia ocok tak bagi kami kawan dengan hampa.[di.jA .tS/ tA/ bA.gi kA.mi kA.wAn d«.NAn hAm.pA]Dia menghasut tidak membenarkan kami berkawan dengan kamu semua.
dok[do]kata tugas1. sedangMasa kami dok makan semalam, aleh-aleh lampu padam.[mA.sA kA.mi do mA.kAn s«mA.lAm Aleh.A.leh lAm.pu pA.dAm]Sedang kami makan malam, tiba-tiba lampu padam.
bola seralat[bo.lA s«.ÒA.lAt] bola tenis.Kami maen bola pak idat pakai bola seralat.[kA.mi mAen b.lA pA/ i.dAt pA.kAj b.lA s«.ÒA.lAt]Kami main “roundes” menggunakan bola tenis.
jerembap[dZ«.Ò«m.bAp]kata kerjaterserempak; jeremoh.Kami jerembap dengan depa masa beli tiket wayang.[kA.mi dZ«.Ò«m.bAp d«.NAn dE.pA mA.sA b«.li ti.kEt wA.jAN]Kami terserempak dengan mereka semasa membeli tiket wayang.
tok[to]kata namanenekDulu tok dok dengan kami, la ni tok dok dengan Mak Tam.[du.lu to do d«.NAn kA.mi lA ni to do d«.NAn mA tAm]Dulu nenek tinggal dengan kami, sekarang nenek tinggal dengan Mak Tam.
   3. mengada-adakan ceritaDia periat kat kami yang dia nak kawen dengan kerabat raja.[di.jA p«.Òi.jAt kAt kA.mi jAN di.jA nA/ kA.wen d«.NAn k«.ÒA.bAt ÒA.dZA]Dia mengada-adakan cerita pada kami yang dia akan berkahwin dengan kerabat diraja.
wah-wah[wAh.wAh]kata adjektifgelisah, bimbangKami mola wah-wah pasai sampai pukoi dua belaih dia tak mai lagi.[kA.mi m.lA wAh.wAh pA.sAj sAm.pAj pu.koj du.wA b«.lAC di.jA tA/ mAj lA.gi]Kami mula gelisah kerana sehingga pukul dua belas dia belum datang.
1234

Kembali ke atas