Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.yu] | کايو

Definisi : 1 bahagian pokok yg keras yg digunakan utk membuat berbagai-bagai alat (perkakas rumah dll): ~ pohon getah tidak sekeras ~ pohon jati. 2 kata utk menyatakan nama beberapa jenis kayu: ~ ara; ~ jati. 3 yg dibuat drpd kayu: kerusi ~; rumah ~. ~ api kayu yg dibakar sbg bahan api. ~ balak batang kayu yg telah dipotong dahannya atau cabangnya. ~ bedik ist alat yg digunakan utk mengawal pergerakan kursor dgn menggerakkan rod yg dihubungkan pd komputer. ~ belantan gada (pemukul) yg dibuat drpd kayu. ~ gubal ist bahagian luar kayu pokok yg mengandungi sel-sel hidup dan bahan simpanan, spt kanji. ~ lapis kayu tipis yg berlapis dan berkeping-keping (utk dibuat almari dll). ~ manis nama sj pohon yg kulitnya berasa manis-manis pedas, Cinnamomum zeylanicum (iners). ~ pelontang kayu yg dpt mengapung atau timbul (kerana ringan), yg diikat pd tali kail. ~ pembaris kayu yg lurus dan bersenggat-senggat dgn ukuran (digunakan utk membuat garis lurus atau utk mengukur jarak). ~ putih nama sj tumbuh-tumbuhan yg drnya diperoleh minyak utk dibuat ubat, Eucalyptus spp.. ~ uji kayu yg runcing atau agak tajam hujungnya dan digunakan di dlm makmal utk menguji sesuatu gas (spt oksigen). kayu-kayuan, kayu-kayan berbagai-bagai jenis kayu; serba jenis kayu. berkayu 1 ada kayunya; berteras. 2 mencari kayu di hutan: pergi ~ pergi mencari kayu di hutan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ka.yu] | کايو

Definisi : satuan ukuran kain yg panjangnya 18.288 meter atau 20 ela. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kayu

Puisi
 

Kayu jelutung kayu di rimba,
     Mati bertimpa kayu kelat;
Sudah untung kita berdua,
     Umpama ikan dalam belat.


Lihat selanjutnya...(147)
Peribahasa

Kayu mati berpunggur,
     manusia mati biar bernama.

Bermaksud :

Hidup manusia hendaklah meninggalkan jasa yang baik.

 

Lihat selanjutnya...(79)


Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
buah kayu[bu.wAh kA.ju] segala jenis buah-buahan bermusim.Masa buah kayu tengah jujoh ni la hampa anak beranak patut balek.[mA.sA bu.wAh kA.ju t«.NAh dZu.dZoh ni lA hAm.pA A.nA/ b«.ÒA.nA/ pA.tot bA.le/]Masa segala jenis buah-buahan sedang banyak inilah kamu anak-beranak sepatutnya balik.
   3. menahan atau menyokong sesuatu.Ambek kayu cangap tu buat handaih pokok pisang yang dok condong.[Am.be kA.ju tSA.NAp tu bu.wAt hAn.dAC po.ko pi.sAN jAN do/ tSon.doN]Ambil kayu cangap itu buat penyokong pokok pisang yang sedang condong.
nin[nin]kata adjektifberkenaan dengan sesuatu pemendapan di dalam airAkaq kayu nin lepaih kena rendam dua jam.[A.kA)Ö kA.ju nin l«.pAC k«.nA Ò«n.dAm du.wA dZAm]Akar kayu mendap selepas direndam dua jam.
tenggalong[t«N.gA.loN]kata kerjamembaling sesuatu dengan menggunakan kayuDepa tenggalong buah macang, dapat dekat nak seraga.[dE.pA t«N.gA.loN bu.wAh mA.tSAN dA.pAt d«.kAt nA/ s«.ÒA.gA]Mereka membaling buah bacang menggunakan kayu, dapat bacang hampir seraga.
meronot[m«.Òo.not]kata kerjabergerak dengan pantas melalui bahagian yang rendah; menyeronotAku nampak ulaq meronot bawah kayu.[A.ku nAm.pA/ u.lA)Ö m«.Òo.not bA.wAh kA.ju]Saya nampak ular menyusup bawah kayu.
reba[Ò«.bA]kata nama1. ranting kayu yang dicampakkan ke dalam telaga bendang supaya menarik ikan untuk berkumpulNak bagi ikan mai banyak dalam telaga bendang, cepat buboh reba.[nA/ bA.gi i.kAn mAj bA.øA/ dA.lAm t«.lA.gA b«n.dAN tS«.pAt bu.boh Ò«.bA]Hendak banyak ikan dalam telaga bendang, cepat letakkan ranting kayu.
uroi[u.ҍj]kata kerjamengasingkan padi daripada hampa dengan bantuan anginDulu-dulu orang kayoh kipaih kayu bila nak uroi padi.[dulu.du.lu o.ÒAN kA.joh ki.pAC kA.ju bi.lA nA u.ҍj pA.di]Dahulu orang kayuh kipas kayu apabila mengasingkan padi daripada hampa.
boq[b)Ö]kata namabatang pancing atau joran.La ni boq tak pakai buloh lagi, dah pakai kayu pelastik.[lA ni b)Ö tA pA.kAj bu.loh lA.gi dAh pA.kAj kA.ju p«.lAs.ti]Sekarang batang pancing tidak daripada buluh lagi, sudah menggunakan kayu plastik.
tak rot idop[tA/ Òot i.dop] tidak berupaya atau mampu untuk melakukan sesuatu; tak rotTak rot idop langsong nak belah kayu, maih sini aku buat.[tA/ Òot i.dop lAN.soN nA/ b«.lAh kA.ju mAC si.ni A.ku bu.wAt]Tidak berupaya hendak membelah kayu, mari sini saya buat.
tuaih[tu­­C]kata namadahan kayu yang dibenamkan dalam air supaya ikan terkumpul.Kalu ikan banyak lebeh baek kita buat tuaih.[kA.lu i.kAn bA.øA/ l«.beh bAe/ ki.tA bu.wAt tu­­C]Kalau ikan banyak lebih baik kita membuat tuaih.
12

Kembali ke atas