Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.la.pa] | کلاڤ

Definisi : sj tumbuhan palma (pokok dan buahnya), nyiur, kerambil, Cocos nucifera; jenis-jenisnya: ~ dadih; ~ gading; ~ hijau; ~ puyuh dll; ~ laut sj tumbuhan palma (pokok dan buahnya), Lodoicea maldivica; ~ loji sj kelapa yg lembut isi dan tempurungnya; minyak ~ minyak yg dibuat drpd kelapa kering; tuak ~ sj minuman yg dibuat drpd nira kelapa; ~ bali = ~ sawit; ~ belia = ~ dara pohon kelapa yg baru hendak berbuah; ~ bulan (dimakan bulan) = ~ puan kelapa yg isinya lembut (lunak); ~ kering isi kelapa yg telah dijemur hingga kering (utk dijadikan minyak), kopra; ~ komeng a) kelapa yg tebal sabutnya dan kecil tempurungnya serta nipis isinya; b) ki cakap panjang meleret-leret tetapi isinya tidak seberapa; ~ muda (buah) kelapa yg belum tua dan masih lunak atau lembut isinya (rasa airnya sedap); ~ parut kering kelapa yg telah diparut dan dikeringkan; ~ puyuh sj tumbuhan (herba), lembah, lumbah, lumbah padi (rimba), Curculigo lotofolia; ~ sawit sj tumbuhan (palma) yg buahnya kecil dan menghasilkan minyak, kelapa bali; ~ tua (buah) kelapa yg sudah tua dan keras isinya; ~ ditebuk tupai prb gadis yg telah hilang daranya (gadis yg ternoda). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.la.pa] | کلاڤ

Definisi : nama sj palma yg buahnya berkulit tebal, bertempurung dan isinya dpt dibuat minyak; nyiur, Cocos nucifera. ~ bali (sawit) nama sj palma yg buahnya kecil-kecil dan isinya dpt dibuat minyak, Elaeis guineensis. ~ gading kelapa yg kulit buahnya dan pelepahnya berwarna kekuning-kuningan (pokoknya rendah saja). ~ kering isi kelapa yg telah dijemur sampai kering utk dibuat minyak. ~ parut isi kelapa yg sudah diparut atau dikukur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kelapa (kata nama)
Bersinonim dengan nyiur, kerambil, piasau, kelambir.,

Puisi
 

Jangan diharap kelapa puan,
     Kelapa puan kelapalah Bali;
Jangan diharap adinda tuan,
     Makanya tuan siapa lagi.


Lihat selanjutnya...(66)
Peribahasa

Kelapa muda tak berminyak.

Bermaksud :

Orang muda yang belum ada pengalaman.

 

Lihat selanjutnya...(16)


Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
rigeh[Òi.gEh]kata namatandan kelapa yang sudah tidak berbuahDulu-dulu orang guna rigeh hat muda buat gosok gigi.[du.lu.du.lu o.ÒAN gu.nA Òi.gEh hAt mu.dA bu.wAt go.so gi.gi]Dahulu orang gunakan tandan kelapa muda untuk menggosok gigi.
mumbang[mum.bAN]kata namatempurung kelapa yang masih lembut dan boleh dimakanBini Mat tu mengidam nak makan mumbang. Mana nak pi cari?[bi.ni mAt tu m«.Ni.dAm nA/ mA.kAn mum.bAN mA.nA nA/ pi tSA.Òi]Isteri Mat itu mengidam hendak makan tempurung kelapa yang masih lembut. Di mana boleh dapat?
pisau bangkong[pi.sAw bAN.koN] sejenis pisau yang bersaiz besar, biasanya digunakan untuk menyiang ikan, membelah kelapa dan sebagainyaKalu nak belah buah nyoq ambek pisau bangkong.[kA.lu nA/ b«.lAh bu.wAh ø)Ö Am.bE/ pi.sAw bAN.koN]Kalau nak belah buah kelapa ambil pisau bangkung.
kumboi[kum.boj]kata namaketulan berwarna putih di dalam kelapa yang sedang bercambah.Kata orang tua-tua kalu budak-budak makan kumboi sat ni jadi bodo.[kA.tA .ÒAN tu.wA.tu.wA kA.lu bu.dA/.bu.dA/ mA.kAn kum.boj sAt ni dZA.di bo.d]Kata orang tua-kalau budak-budak makan ketulan di dalam kelapa nanti jadi bodoh.
puruih[pu.ÒuC]kata namabilah lidi daripada enau, kelapa, rembia nipah dan sebagainyaLa ni depa guna buloh buat puruih sate.[lA ni dE.pA gu.nA bu.loh bu.wAt pu.ÒuC sA.tE]Sekarang mereka guna buluh sebagai bilah sate.
nasik gerek[nA.si/ g«.Òet] sagun daripada nasi, kelapa dan gula. Nasi ini terlebih dahulu dijemur, digoreng dan ditumbuk.   
gula gerek[gu.lA gE.Òe] gula daripada nira kelapa.   
ayaq isi[A.jA)Ö i.si] sejenis minuman, air kelapa muda dengan isinya.   
sepera[s«.pE.rA]kata namakuih seperti karipap tetapi berintikan kelapa pedas.   
pulut kerabu[pu.lut k«.ÒA.bu] pulut yang dimasak kemudian dicampur dengan kelapa parut dan garam   
12

Kembali ke atas