Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.rap] | کرڤ

Definisi : 1. = ~ kali = kerap-kerap acap kali, berkali-kali, selalu, sering: penyakit cacar ~ mengenai kanak-kanak; kampung itu ~ kali dibanjiri; lagu-lagu yg diciptanya ~ kali disiarkan di radio; 2. tidak jarang, rapi (bkn anyaman, tenunan dll), rapat-rapat (letaknya dsb) antara satu sama lain (barang yg berderet­-deret): tikar mengkuang itu cantik warnanya dan ~ anyamannya; pokok-pokok itu tidak dapat hidup subur kerana ditanam terlalu ~; mengerapi membuat (melakukan) berkali­kali atau berulang-ulang; mengerapkan 1. menjadikan kerap; 2. menganyam (menenun) kerap-kerap; kekerapan keadaan kerap, kerapnya ber­laku sesuatu, keseringan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.rap] | کرڤ

Definisi : ; ~-kerup = kerap-kerap bunyi spt bunyi orang makan keropok; ®kerup. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.rap] | کرڤ

Definisi : Kd mengipas: dia ~ nenek. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.rap] | کرڤ

Definisi : 1 = ~ kali selalu; sering; acap kali: Kami ~ pergi bermain-main di rumahnya. 2 rapat benar antara satu dgn yg lain; rapi (bkn anyaman dll). mengerapkan menjadikan kerap; menganyam dll rapat-rapat. kekerapan keadaan kerap; kerapnya berlaku sesuatu yg berulang-ulang: ~ memangkas pokok tidak ditentukan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kerap (adjektif)
1. Bersinonim dengan acp kali: berkali-kali, selalu, sering,
Berantonim dengan kadang-kadang

2. Bersinonim dengan rapat: rapi, tidak jarang, ketat,
Berantonim dengan jarang

Kata Terbitan : mengerapi, mengerapkan, kekerapan,

Puisi
 

Saya nak berumah di paya,
     Ada lintah kerap buang;
Saya nak berbini janda,
     Ada perintah cepat buang.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Telinga yang lembut,
     itulah yang kerap dipulas.

Bermaksud :

Orang yang pemurah kerap kali menjadi tempat tumpuan orang meminjam; orang yang penurut selalu menjadi kuda-kuda orang yang kuat dan berkuasa. pulas = pilin.

 

Lihat selanjutnya...(12)


Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
   2. berkenaan dengan seseorang yang kerap bercakap.Diam la sikit, awat besiaq sangat hampa ni, orang nak dengaq dia becakap pulak.[di.jAm lA si.kit A.wAt bE.si.jA)Ö sA.NAt hAm.pA ni .ÒAN nA d«.NA)Ö di.jA b«.tSA.kAp pu.lA]Diamlah, mengapa besiaq sangat kamu ini, kami hendak mendengar ucapannya pula.
besiaq[bE.si.jA)Ö]kata adjektif1. berkenaan dengan seseorang yang kerap membuang air kecil.Baru keluaq rumah dah nak kencin lagi, awat besiaq sangat.[bA.Òu k«.lu.wA)Ö Òu.mAh dAh nA k«n.tSin lA.gi A.wAt bE.si.jA)Ö sA.NAt]Baru keluar dari rumah sudah hendak buang air kecil lagi, mengapa besiaq sangat.

Kembali ke atas